My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label open roof. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label open roof. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 17-Mari Main Lukis-Lukis

Kali ini kita main lukis lukis salah satu struktur yang begitu popular dikalangan para penternak cina yang di sedut dari blog harry.


Struktur sebegini dapat dilihat dimerata tempat tetapi didalam bentuk tiga tingkat. Bangunan RBW ini mempunyai dimensi biasa iaitu, 24 kaki lebar dan 75 kaki panjang. Ia mempunyai lubang masuk jenis 'open roof'. Disebelahnya terdapat sebuah kolam air yang boleh menjadi tarikan kepada siwalit.

Ianya memang ide yang baik.
 
Gambar hiasan dari blog Harry

Perhatikan ada dilukis bilik walit(vip room) dihujung setiap tingkat. Ia  berdimensi 17 kaki dengan 24 kaki. Ia boleh mempunyai ciri-ciri yang menjadikan tempat itu tempat pertama siwalit membuat sarang. Juga perhatikan lokasi LAL yang diletakkan dibawah laluan burung masuk ke ruang inap burung. Tangga ketingkat atas diletak di kedudukan LAL. Kedudukan bilik kawalan tidak ditunjuk dilukisan ini dan boleh diletakkan disebuah pondok disebelah RBW ini.






Gambar-gambar hiasan lukisan kita


Kawalan cahaya dipercayai adalah baik dari ruang inap yang terang kepada remang-remang agaknya dan si walit boleh memilih tempat yang bersesuaian. Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Ahad, 12 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 16-Mari Main Lukis-Lukis


Tiga rajah sebagai gambar hiasan(No 1 hingga 3) ditempelan ini disumberkan dari blog swiftletequip.blogspot.com. Terima kasih. Ianya memang satu rekabentuk yang efisien dengan ciri-ciri berikut:
a) lebar 40 kaki x 60 kaki panjang
b) 3 tingkat
c) Penggunaan tangga sebagai LAL (10 kaki x 16 kaki)
d)Open Air LMB 8 kaki x 8 kaki


Gambar hiasan 1 


 Gambar hiasan 2


Gambar hiasan 3



Kita main lukis-lukis untuk RBW 2 tingkat menggunakan LAL seperti diatas
Gambar hiasan 4

RBW ini dilukis mempunyai kelebaran 18 kaki.....
Kita fikir-fikir kan kebaikan dan sebaliknya RBW ini.....

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita





Rabu, 8 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 11-MARI MAIN LUKIS-LUKIS 2

Gambar hiasan dibawah memangnya menarik untuk dibuat perkara 'Mari main lukis-lukis'. Layan blog teman Tekan dan Jom Layan-Sharing RBW. Perhatikan ide-ide yang dikemukakan diblog tersebut..... kita terapkan...

Perasan tak yang rumah ini berdimensi lebih kurang 10 kaki x 20 kaki (tingkat atas) dan agak-agak 40 kaki x 20 kaki (tingkat bawah) ?? Kurang pasti sebab kita lihat dari satu pandangan dan juga gambarnya 'cropped'. Tak de hal pun....lihat lakaran dihujung..
Gambar hiasan

Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2

Gambar hiasan pertama menunjukkan sebuah RBW yang patut mempunyai gredasi cahaya dari terang ke remang-remang, manakala Gambar hiasan 2 pula menunjukkan sebuah RBW yang mempunyai bilik walit aka VIP room. Cahaya didalam kasus ini mungkin boleh mengarah ke gelap di balik sekat VIP room. Agaknya.

Sekiranya rumah itu seperti yang saya agakkan iaitu 20 kaki x 40 kaki maka mari kita main lukis-lukis:

Gambar hiasan 3

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.