My Daughter's Blog

Khamis, 30 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 110- Kasus Teknik Dinding Bata

Kalaulah saya berpeluang membuat sebuah rumah walet yang sederhana saiznya, saya mungkin akan menggunakan teknik yang digunakan untuk rumah burung ini.....jom layan salah satu teknik membuat dinding RBW.

Penggunaan batu bata  sebagai dinding RBW adalah lumrah bagi yang membina pada kadar termurah tetapi untuk binaan yang kekal. Walaubagaimana pun kadang-kadang benda murah senang pula pecah ketika penerimaan dari kilang(itulah pengalaman saya). Bilangan bata yang diganti pula mengikut rasa pengilang itu pula. Bata berasaskan tanah adalah pilihan kebanyakkan penternak bergedung besar. Salah satu contoh ialah bangunan RBW sebesar lebih-kurang 40 kaki x 100 kaki digambar ini.

Gambar hiasan

Pemasangan bata jenis ini yang digunakan diRBW ini adalah seperti berikut:-
a) untuk tingkat bawah, dimana kemungkinan pencuri boleh memecahkan dinding, dibina selapis tetapi tebal 9 inci, aturannya digambar dibawah ini. Jurang diantara bata disetiap selang satu bata dapat mengurangkan pemindahan haba dari luar.
 Gambar hiasan(dinding bata 9 inci)

Lantai ditingkat bawah bangunan yang terletak diatas tanah biasanya adalah sejuk dan boleh menyumbang menyejukkan bilik tingkat bawah. Lapisan dinding bata 9 inci dibuat secara diatas mungkin tidak dapat memberi haba yang cukup untuk bilik bawah stabil pada kadar suhu 29C walaupun terkena pancaran terus matahari tanpa pengudaraan. Saiz bangunannya dapat memberi pengaruh kepada paras suhu ditingkat bawah juga.

b)Untuk tingkat atas, salah satu cara yang agaknya sesuai untuk mendapatkan suhu yang dipinta adalah dengan menggunakan pembinaan bata seperti gambar dibawah ini:

`
Gambar hiasan

Walaubagaimana pun, didalam kasus RBW ini, terselit satu sistem mengatur suhu dengan menyedut angin panas diruang void ditepi RBW yang dindingnya terkena sinaran cahaya terus(haba dari dinding bata selapis?), agaknya. Sekiranya bilik inap sejuk, maka kipas akan dihidupkan untuk menolak angin panas kedalam bilik inap melalui paip .....kurang pasti pula sistem lain yang ada.......

Gambar hiasan ruang void mengatur suhu

Gambar hiasan lubang ventilasi jenis kotak

Gambar hiasan lubang kipas keruang void suhu


Gambar hiasan kotak ventilasi ruang void suhu

Dengarnya, burung walet telah mula bersarang diRBW ini..........

Penggunaan styrofoam tidak diterapkan diRBW ini nampaknya. Mungkin tidak perlu..... Perlulah berhati-hari sekiranya ingin menggunakan styrofoam, halnya salah satu ciri styrofoam itu ialah ianya water-tight........agaknya.

maaf kalau kurang berisi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan