Kelmarin, saorang kawan berbangsa cina yang telah saya kenali dari tahun 1997 lagi, telah membawa saya masuk ke RBW nya, yang didalam tahap baru beroperasi. Beliau juga telah membawa saya melawat satu lagi bangunan RBW nya yang sedang dalam pembinaan. 'Semua ini adalah business keluarga', katanya. Mereka begitu bersatu diantara adik-beradik(tentunya ayah dan emak masih menjadi ketua keluarga), masing-masing mengeluarkan modal(tentunya secara pinjaman). Beberapa unit lagi juga sedang didalam perancangan mereka secara kelumpok atau individu. Bukan setakat membuat RBW sahaja tetapi terpaksa membeli tanah ditempat yang bersesuaian. Apakah yang membuatkan mereka begitu yakin terhadap industri ini?
Tentunya ada sesuatu yang kita kurang mengetahuinya. Yang kita tahu, industri ini boleh memberikan pulangan yang lumayan kepada yang berjaya dan tidak memerlukan kos penyelengaraan yang tinggi. Adakah faktor kos meminjam adalah pada tahap yang begitu menarik masa ini. sama2lah kita fikirkan.
Apa pun, dengan lawatan ini sekali gus saya tahu tahap suara sepatutnya diRBW, dan tidak perlu lagi tertanya2. Kam sia Ah Pek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan