My Daughter's Blog

Jumaat, 1 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 31- RBW Berasal dari Rumah Kediaman

Gambar-gambar dibawah ini diambil didalam perjalanan saya diantara Kuala Rompin ke Pekan, Pahang. Sebenarnya, dikawasan itu memang terdapat begitu banyak RBW, saya hanya ambil gambar RBW yang saya rasa ada jalan cerita sahaja. Kalau yang besar-besar, memanglah banyak. Ditunjuk diGambar hiasan 1, macamnya sebuah komplek swiftlet park, tetapi tiada pula signboard yang mengatakan ianya begitu. Apa pun RBWnya dibina dari asas untuk sebuah rumah burung. Seronoknya digambar ini, beberapa RBW mempunyai rekabentuk yang sama, mungkin ada perbezaan dari segi bilangan tingkatnya. Gede-gede belaka..... 

Gambar hiasan 1

Manakala tiga gambar dibawah( Gambar hiasan 2,3 dan 4) adalah gambar dua buah rumah burung yang diubahsuai dari rumah kediaman. Gambar 2 dan 3 adalah sebuah RBW setinggi 2 tingkat yang agak terselindung dari pandangan kerana kawasan sekelilingnya semak. LMBnya adalah jenis pintu tepi dengan atapnya ditinggikan, agaknya.
 Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 3
Sementara Gambar hiasan 4 adalah sebuah RBW dua tingkat, agaknya, yang diubahsuai dari rumah kediaman setingkat. Saiznya adalah lebihkurang 40kaki x 80 kaki, agaknya. Apabila siap nanti, mungkin agak sukar untuk mengenali asal-usul RBW ini.
Gambar hiasan 4

Mereka sanggup menukar kegunaan rumah yang berkemungkinan rumah asal keluarga mereka kepada sebuah rumah burung, sesuatu perkara yang telah boleh diterima oleh masyarakat masa ini, baik kaum melayu atau cina. Barangkali gambar hiasan 3 adalah RBW kepunyaan saorang bumiputra dan RBW diGambar hiasan 4 adalah kepunyaan sesaorang yang bukan bumiputra, agaknya.

Kita fikirkan apakah kita juga akan berbuat demikian...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan