My Daughter's Blog

Ahad, 27 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 31- Aturan Cahaya diRBW

Saya perhatikan saekor walet yang masuk ke RBW saya, terbang mengikut arah tweeter panggil, kemudiannya berpusing dihujung ruang, berpatah keluar dan berpusing balik lagi mengikut tweeter panggil. Saya sedar yang ia telah kehilangan arah keluar dari RBW. Saya pun mematikan semua lampu melainkan sebuah lampu flourescent(secara tidak sengaja tertinggal hidup), duduknya diatas sebuah tingkap kecil keluar, bersaiz lebih kurang 2 kaki lebar dan sekaki tinggi. Didalam kegelapan, burung itu masuk lagi keruang nesting mengikut panggilan tweeter panggil tersebut. Agaknya apabila panggilan tweeter itu tidak kedengaran lagi dan diruang yang diterangi lampu flourescent, burung itu pun bergantung kepada deria  iaitu echo dan pandangan. Ketika ditempat terang, burung tadi tertarik menuju ke lampu tersebut dan terlanggar dinding yang bercat putih itu. Tentunya, ia fikirkan yang cahaya terang serta pantulan cahaya dari dinding itu adalah ruang untuk keluar RBW. Peliknya, ia tidak menuju ke lubang tingkap yang dibawah lampu tadi. Agaknya, lampu flourescent tadi adalah lebih terang dan burung itu merasa ianya adalah cahaya luar RBW, lalu ia tujunya tanpa echo-echo lagi.

Saya perhatikan yang burung itu terkeliru apabila ada cahaya selain dari cahaya dari luar melalui LAL, yang sepatutnya arah jalan ia keluar.  Tentunya banyak lagi cerita yang serupa. Agaknya kejadian seperti ini, boleh membuat ia tobat masuk.

Saya sedang memikirkan, sama ada cahaya dari sumber begini boleh menggangu burung walet, mungkin sehingga ia tidak dapat mencari jalan keluar, dan jatuh kelantai keletihan.
a) lubang kecil diantara bata dinding yang tidak berpelaster.
b) lubang ventilasi yang tidak ber tutup atau tidak diolah untuk fungsinya dengan betul
c) cahaya melalui lubang ventilasi yang telah dibubuh elbow serta batang paip kebawah.
d) cerahan dari tepi paip ventilasi yang kurang tebalnya hingga aboleh membuat ruang jadi remang-remang.
e) mentol ber kuasa kecil yang dibuat menjadi tarikan kepada serangga atau burung
f) cahaya dicelah pintu kawalan yang berlampu terang.
g) cahaya dari lubang drain dari lantai.

Apa yang pernah saya nampak ialah saorang penternak kawan saya ini begitu menggelapkan rumahnya, hanya ada cahaya melalui bahagian bawah botol kaca yang diletakkan dilubang ventilasi disebelah LAL. Apa pun burung tetap masuk kearas yang gelap tersebut. Sedangkan diRBW saya, saya sedang mengambil beberapa tindakan untuk mengelak adanya sumber cahaya melainkan dari LAL. Selamat mencuba.

Rekabentuk kedudukan LAL didalam ruang nesting dapat memudahkan pengawalan cahaya dibandingkan dengan LAL yang tersusun dibawah satu sama lain dibawah LBW(seperti lubang naga).

Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan