My Daughter's Blog

Isnin, 21 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 27 - Semata-mata khayalan(RBW jenis boleh alih)


Sekadar hiasan- RBW berciri Mewah(taken from one of my fav blog)

Malam tadi termimpi membina sebuah RBW jenis boleh alih. Tentunya ia besar dengan dimensi lebar 30 kaki dan panjang 100 kaki. Strukturnya dibuat dari besi. Tingginya 4 tingkat dengan ketinggian setiap tingkat 8 kaki melainkan tingkat bawah setinggi 10 kaki. Ciri-ciri lantai perlu di kaji untuk menyenangkan perpindahan itu. Terfikir pula menggunakan lantai kayu dan ber-rasuk sirip2 yang saya tempah khas datangnya lebih 12 kaki memandangkan yang 'span' memanjang adalah 12 kaki.
Gambar hiasan

Untuk mendapatkan kekalisan air, saya terfikir untuk menggunakan konkrit ringan setebal 2 inci diletakkan diatas lantai kayu tadi. Lapisan plastik digunakan untuk menahan air konkrit dari mengenai klantai kayu dan sirip. Ini tentu dapat membuang bau 'lime' dari tempat burung bersarang.

Gambar hiasan(boleh letak sirip ditelinga besi itu)

Tingkat paling bawah berdindingkan bata pasir dan berplaster diluar dan dalam. Ini memastikan yang RBW ini adalah teguh dari pencuri dan maling.  Dinding tepi yang lain pula menggunakan styrofoam yang terapit dikilang dengan bod siling. Unit dinding 'pasang siap' tersebut ialah 2 kaki x 8 kaki tinggi dan mempunyai 'tongue and groove' untuk menyenangkan pemasangan. Diatas setiap rasuk tepi juga mempunyai 'groove' untuk menerima dinding ;'pasang siap' tadi.


Gambar Hiasan(perhatikan lubang untuk besi penguat)

Ciri istemewa RBW ini ialah ia dua bilik roving yang mempunyai LBW dari arah yang berlawan, tiap-tiap satu dihujung RBW.  Apakah muslihat ini?, fikir-fikirkan lah.
Gambar dua LBW tiap-tiap satu dihujung bangunan

Tentunya juga perlu ciri-ciri lain yang membolehkan RBW ini dipanggil RBW boleh alih seperti perincian diantara dinding bata pasir dengan tiang, perincian antara lantai kayu dengan sirip, perincian semua sambungan antara bahagian struktur dan lain-lain. Dengarnya teknologi seperti ini boleh dibeli diNegeri China, betul ke?.

RBW sebesar sebegini akan berharga RM 350 k sekurang-kurangnya. Agaknya.

Begitulah lebih-kurang mimpinya, yang diceritakan dengan gambar hiasan, sebagai penerangan jika bersesuaian. Terfikir juga yang pemilik RBW boleh sanggup mengatur sesuatu yang baru untuk memastikan yang pelaburannya lebih selamat, kali ini RBW boleh alih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan