Di Malaysia sudah ada RBW boleh alih. Saya rasa ianya konsep baru pembinaan RBW ciri mahal. Walaupun ia berciri boleh alih, ia tetap full blown rbw dengan keluasan yang menakjubkan. Ia menggunakan struktur besi yang diimpot dari negeri China dan ciri-cirinya direka-bentuk sesuai untuk boleh alih.
Bangunan itu adalah boleh alih dan bukan sesuatu yang mudah dialih. Maklumlah, lantainya tetap berkonkrit, walaupun tanpa tetulang besi, ianya tetap sukar untuk dipecahkan dan dibuang. Plaster dindingnya juga perlu di pecahkan. Selain itu, struktur besi itu hanya boleh dibuka oleh yang berpakaran sahaja.
Kemungkinan besar, RBW tersebut akan tetap beroperasi ditempat asalnya, tanpa ada kemungkinan dialihkan memandangkan kedudukannya yang menarik serta RBW yang direkabentuk mengikut pengalaman yang mendalam berwalet. Investasinya juga sudah lumayan banyaknya. Pastinya ia akan berjaya. Agaknya.
Konsep RBW boleh alih ini bolehlah memberi pilihan kepada tuan punya dimasa hadapan sekiranya ianya menghadapi kegagalan. Tentunya, ia akan menggunakan kos yang lumayan juga. Kos pekerja memindahkan RBW boleh mencecah RM 100k dan perlu juga memasukkan lagi bahan binaan yang perlu diganti. Kan boleh dibuat RBW ditempat yang baru setingkat dua dengan RM 100k, ya tak?. Selepas RBW yang baru maju, bolehlah dibesarkan. Dah ada dua rbw yang gede (besar). Agaknya.
Entah lah saya masih tak nampak logik nya, mungkin kos membuat rbw boleh pindah ini lebih murah dari harga rbw berciri mahal, jadinya tambah menarik dengan adanya jalan keluar dari investasi ini. Maaf merapu je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan