saya menceburi bidang penternakan walet swiftlet ini bermula pada awal tahun 2010. saya belajar dengan saorang teman yang telah membina sebuah rbw sebelumnya serta maklumat-maklumat di internet mengenai teknik membina rumah burung. Saya juga melawat rumah burung walit yang didalam pembinaan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai rahsia rumah gelap itu. Walaupun saya juga berbekalkan pengalaman teknikal, saya dapati maklumat yang saya ada mengenai burung walet / swiftlet berkurangan untuk membina rumah burung tanpa kesilapan. bila saya tersilap bina maka kos akan bertambah serta kehilangan masa. Bila tertinggal masa maka saya kehilangan musim-musim walet / swiftlets berpindah randah.
Dari pengalaman ini, dicadangkan agar para penternak rumah burung walet / swiftlets perlu mencari maklumat dengan lebih mendalam serta pergi belajar dengan kawan2 yang mempunyai rumah burung yang sudah siap. Bayarlah sedikit dekat kawan-kawan ini, sebabnya kalau kita tersilap bina, kita kena bayar juga. Maklumat di internet utamanya dari negara seberang amat terbuka, cuma kita perlu menelitinya. Kita boleh juga menggunakan konsultan, tetapi harus di teliti pengalaman, input serta cas nya. Harap2 kita berpuas hati dengan sevis konsultan itu. Harap2 juga RBW kita boleh berpenghuni dan pendapatan lumayan diperolehi dimasa hadapan.
Sekarang rbw saya telah siap, tetapi masih ada isu-isu mengenai suhu, tahap kelembapan serta laluan terbang burung. Lihatlah sebulan dua ini, harap2 ada perkembangan memberangsangkan. insyaallah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan