My Daughter's Blog

Selasa, 8 Februari 2011

IDEA SI WALET 4- Memaksimakan penggunaan air hujan

Rajah dibawah ini menunjukkan aturan memaksimakan penggunakan air hujan di RBW. Seharusnya RBW perlulah ada sumber air hujan dan paip dari 'main supply Jabatan Bekalan Air'. Paip sumber air hujan biasanya masuk ketangki tanpa tekanan dengan paipnya diletakkan diatas tangki. Paip dari main supply dimasukkan di paras pertengahan tangki tersebut bersama dengan float. Adalah dicadangkan yang dinding tangki itu perlu diperkuatkan untuk menahan tekanan bola float yang akan tenggelam didalam air(lebih dalam dari  biasa).
 Caranya ialah dengan melekatkan sekeping plastic keras kedinding tangki dengan epoxy. Alternatif nya bola float tersebut diganti dengan bola yang lebih kecil supaya tekanan kepada dinding tersebut berkurangan. Untuk mengelakkan dari pipe inlet itu bergerak maka paip itu harus diikat kepada sebatang kayu atau lainnya.
Pemasangan overflow yang bersesuaian saiznya perlu memandang kepada sumber air hujannya. Pipe Outlet dipasang seperti biasa dibawah tangki.



Paras air apabila penuh dengan air hujan akan memenuhi tangki tersebut, dan sekiranya tiada hujan, maka paras air akan turun pada pertengahan tangki tersebut apabila digunakan. Penggunaan pada paras tangki yang lebih dari separuh(Paras B) akan menggunakan air hujan dan sekiranya selalu hujan maka RBW anda akan menggunakan air hujan sepenuh nya. Apabila paras air jatuh dari Paras B maka penggunaan air adalah seperti biasa adanya iaitu menggunakan air paip dari JBA yang perlu dibayar.
Maklum yang Paip penyambung antara tangki boleh disambung melalui outlet pipe atau separas dengannya, apabila menggunakan tangki lebih dari satu. Maklum juga yang tangki ini perlu berada ditempat yang tertinggi dibawah tempat sumber air hujan(biasanya bumbung).Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan