Peralatan datalogger (lebih kurang seperti gambar ini) memang diperlukan untuk mengawas suhu dan tahap kelembapan RBW. Ia adalah peralatan digital yang dapat merekod maklumat pada setiap 5 minit atau masa lain yang telah diprogramkan. Untuk mendapatkan maklumat yang disimpan, ianya perlulah disambung pada USB komputer yang juga perlu diprogramkan dengan program yang sesuai.
Walau bagaimana pun, ada peralatan lain di RBW saya yang dapat memberi maklumat yang sama cumanya maklumat ketika dibaca sahaja. Walau pun peralatan ini ditempatkan yang berdekatan, peralatan2 ini selalu menunjukkan bacaan yang berlainan. Oleh kerana saya terbawa datalogger ini balik kerumah, saya memilihnya untuk di 'calibrate' cara DIY.
a) Anggapan - sekiranya setengah sudu air dicampurkan dengan sesudu garam didalam sebuah karung plastik yang boleh di'seal', maka kelembapan didalamnya adalah 75% - maklumat didapati dari internet.
b) Masa- agaknya masa yang sesuai untuk cubaan ini ialah tengah hari ketika kelembapan lebih rendah dari 75%. Kalau kelembapan sekitaran lebih 75% maka saya kurang pasti yang garam tersebut dapat merendahkan tahap kelembapan dalam karung itu.
c) Cara - seperti didalam a) diatas. Karung tersebut perlulah di'seal' supaya udara luar tidak boleh masuk. biarkan selama 8 jam. agaknya.
d) Keputusan - setelah data logger tersebut dibaca melalui komputer., bacaan nya menunjukkan tahap kelembapan ialah 80%.
e) Tindakan- bacaan dari datalogger ini boleh ditolak 5% untuk ketepatan yang boleh diterima.
f) Kesimpulan - ketepatan datalogger keluar 5C dari ketepatan sepatutnya. Semua bacaan ditolak 5C.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan