My Daughter's Blog

Rabu, 2 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 5- Teknik untuk memecah lantai

Kadang-kadang ada perlunya ciri sebuah rumah burung walet / swiftlet disemak yang memerlukan pemecahan lantai konkrit. Lantai konkrit RBW biasanya mempunyai ketebalan 4inci hingga 6 inci. Anda harus juga maklum yang konkrit mempunyai keberatan 2.4 tan satu meter persegi. Kalau luasnya lantai yang hendak dipecahkan adalah 6 kaki dengan 12 kaki, berat konkrit yang akan jatuh adalah lebih kurang 2.5 tan. Keberatan sebegini sekiranya menghempap lantai dibawahnya, boleh menyebabkan lantai serta sirip pecah berderai. Maka ada perlunya untuk difikirkan hal keselamatan struktur serta pengguna yang lain.
Saya pernah  pecahkan lantai sebegitu besarnya. Cara yang pernah saya cuba adalah seperti berikut:
a) pecah menggunakan breaker- pecahannya kecil2 dan habuk yang banyak.
b) pecah kepada bahagian yang sesuai besarnya, mula2 dengan mengorek sebaris lubang dia. 22mm dengan jarak 4 inci hingga 6 inci, untuk memudahkan pemecahan alur selebar 6 inci. besi-besi dipotong dengan grinder. Lantai bawah disokong dengan kayu serta tayar lama digunakan untuk menyerap hentak.

Didapati cara b) mempunyai banyak kebaikan termasuk, lebih murah, cepat serta kurang habuk. Peralatan yang diperlukan ialah grinder, breaker serta grinder. Masa yang diperlukan adalah sehari dan saorang pekerja mahir.

1 ulasan:

  1. Need a small business loan to get the working capital you need? Get quick & easy access to the funding you need,financing you need to help your business grow Quickly.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com
    ================================================================
    Perlu pinjaman perniagaan kecil untuk mendapatkan modal kerja yang anda perlukan? Dapatkan akses cepat & mudah ke pembiayaan yang anda perlukan, pembiayaan yang anda perlukan untuk membantu perniagaan anda berkembang Cepat.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com

    BalasPadam