My Daughter's Blog

Khamis, 10 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 15 - Penggunaan cahaya matahari sebagai pemanas air kolam

Bangunan RBW menerima sinaran matahari dan meresapkan haba dibahagian RBW yang terkena sinaran tersebut. Haba itu meresap melalui dinding dan bumbung yang mengekalkan atau menaikkan suhu bahagian dalam RBW.  Sesetengah RBW mempunyai dinding yang kedap haba, menyebabkan suhu didalam RBW menurun diluar suhu yang ideal untuk burung walet. 
Apabila suhu didalam RBW terlalu sejuk maka, ianya menyukarkan siburung walet memastikan telurnya berada pada suhu yang sepatutnya ketika proses mengeram serta untuk memastikan yang piyik-piyiknya tidak kesejukkan. Ia perlu pulang selalu ke RBW walaupun ketika itu adalah waktu ia  berburu makanan. Tentulah ianya boleh membuat burung walet mencari tempat yang lebih 'aman'. Agaknya.
Salah satu ciri yang biasa kita temui diRBW ialah kolam air yang digunakan sebagai tarikan untuk burung bermain dengannya. Kadang-kadang kolam tersebut terpaksa diletakkan didalam RBW memandangkan yang ketiadaan tempat yang sesuai diluar RBW. Apabila diletakkan didalam RBW, suhu  air di kolam tersebut akan menurun mengikut suhu tersejuk disekelilingnya (biasanya lebih sejuk daripada udara d RBW tersebut).
Ada keperluan yang suhu air dikolam tersebut dinaikkan supaya ia tidak menyejukkan lagi udara diRBW. Salah satu cara ialah secara memanaskan air tersebut ialah dengan melalukan air yang dipam diatas kepingan zinc yang dijemur. Air itu akan dipulangkan kekolam secara semulajadi. Rujukan di internet 'trickle heating'.
Dibawah ini cara memanaskannya:






Harap-harap ianya berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan