My Daughter's Blog

Selasa, 8 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 13A- Hati-hati bila memasang tiang letrik

Semua tahu yang tiang letrik boleh menjadi tempat menenggek siburung hantu(Pak burhan). Maka sekiranya RBW yang anda rancang adalah jenis 'standalone', adalah patut diambilkira dimana tiang2 letrik akan ditanam, utamanya yang paling berdekatan dengan RBW.
Adanya, diRBW saya, tiang letrik yang akhir itu betul-betul tertanam dihadapan LBWnya, kerana saya tidak ada ditapak untuk menghalang tanamannya. Memang ada pihak TNB memanggil saya, sebelum tanamannya untuk confirm bilangan tiangnya, tetapi tidak disangka yang laluan dengan tiang yang minima itu membawa padah kepada saya.
Pada petang hari, pak burhan telah menenggek di tiang tersebut yang kedudukannya terlindung dari sinar lampu sorot. Begitu strategik menunggu siwalet pulang.
Sepatutnya, perbincangan lebih mendalam mengenai laluan kabel letrik agar tiangnya lalu jauh dari LBW yang ada  sekarang ini dan kedudukan LBW dimasa hadapan bukan hanya kadar minima tiang yang diperlukan sebagai kriteria laluan kabel dengan juga mengambil kira juga kos tiang konkrit yang mahal harganya.Agaknya.
Andainya tiang tersebut sudah tertanam dihadapan LBW, apakah pilihan anda ada ?
Apakah risikonya sekiranya siwalet tahu dihadapan LBW anda berkemungkinan pak burhan sedang menunggunya?
Boleh kita fikir-fikir kan, ya
Nb; Perlu dinyataka ya, yang perkara mengenai masalah dan penyelesaian mengenai burung hantu perlu diambil kira secara serius untuk memastikan kejayaan RBW anda. Terima kasih , Pak Damak kerana menekannya betul2.

2 ulasan:

  1. Satu padangan yang perlu dipandang serius... mulanya saya ingat 13A tu 13 Amp (fius).. ha ha, maklumlaa setakat bermain dengan system zapper ni.. senstive pasal arus..!

    BalasPadam
  2. 13A maksudnya 14, tadi saya terkenang lawatan sebuah bangunan yang tidak menggunakan no 4, sori ye.
    dah kena zap tak? selepas kena memang sensitif kepada arus itu. haha

    Pak damak, thanks for support on article, mmg benda serius nih

    BalasPadam