My Daughter's Blog

Selasa, 15 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 21-Keperluan papan sekat di RBW

Papan sekat boleh digunakan untuk menahan cahaya dari masuk kesesuatu ruang, ia boleh juga menahan suhu/angin dari menerap kesuatu ruang yang lain dan juga menjadi panduan kepada si walit untuk memasuki ruang yang lain(biasanya disatukan dengan penggunaan suara). Papan sekat juga boleh menjadi pembahagi ruang daripada tertinggal luas.
Papan yang digunakan ialah papan siling atau pun papan lapis. Papan tersebut boleh digantung dari sirip atau pun disokong oleh kayu burti 2inci x 3 inci atau yang bersesuaaian. Penggunaan papan lapis pernah dibincang samaada ianya boleh memberi bau yang kurang disukai oleh walet. Ia juga boleh dimakan oleh anai2

Pembahagi ruang dari bod siling dengan disokong oleh kayu.


Ada juga dinding bata digunakan ditempat yang pasti tidak berubah; biasanya pembahagi ruang.





Pembahagi ruang diperbuat dari bata














Jenis papan sekat juga boleh di bahagikan kepada dua, dengan yang pertama adalah jenis penuh (terus dari siling ke lantai macam dinding) dan jenis gantung iaitu yang tergantung dipapan sirip dengan kelebarannya munkin sepapan plywood iaitu 4 kaki(4 kaki dari siling). Papan sekat jenis gantung dapat menyekat cahaya dari kena ke ruang nest tetapi tidak keruang lantai. Ia tetap dapat membuat si walet berpusing menyisir papan sekat.

Gambar ini diambil dari blog kat Sarawak, tentunya ia sekat jenis gantung diperbuat dari kanvas. Sesuaikah kain kanvas untuk dibuat sekat? Ade brani?-guna benda nilai tak sampai RM 50.00 selepas anda invest beratus ribu untuk RBW anda. Pilihan anda lah.

  
Rajah dibawah ini menunjukkan ruang yang disekat untuk menubuhkan bilik 'nest', ruang laluan, dan juga ruang 'roving'. Gambar disedut dari blog terkenal dari indonesia.

Apa pun, Tuan punya mempunyai pilihan untuk mengatur ruang didalam RBWnya agar kegelapan nya mencukupi dan tidak berlebihan, cukup pengudaraan dan tidak mendatangkan masalah didalam menentukan laluan penerbangan burung serta memberikan ruang nesting yang mencukupi. Seeloknya kita belajar dari sifu-sifu yang sedia menunjuk ajar mengenai hal ini.
Suara yang dikeluarkan oleh tweeter yang diletakkan ditempat yang strategik boleh memandu walet ketempat yang dikehendaki seperti bimbingan dari LMB ke LAL. Agaknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan