My Daughter's Blog

Sabtu, 11 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 14- Pengalaman Kegunaan Hygrostat

Gambar hiasan 1

Anda perhatikan dua hygrostat yang mempunyai bacaan berbeza digambar hiasan 1(antara 63.6 dan 71.6). Walaupun perkakas seperti ini berharga beratus ringgit, kadang-kadang bacaannya tidak tepat. Bila perkara ini berlaku maka, paras kelembapan diRBW kita terganggu dari sepatutnya. Patutnya saya cuba dahulu sebelum membelinya......

Biasanya bacaan hygrostat untuk kelembapan akan berbeza 1% ke 5% walaupun diletakkan berdekatan, dan agaknya kita boleh kira ianya boleh diterima. (rujuk gambar dibawah). Untuk suhu pula, bacaannya biasanya lagi tepat untuk semua perkakas.
Gambar hiasan 2

Apa pun, kepercayaan saya mengenai bacaan kelembapan adalah pada dua perkakas dibawah ini:
Data Logger Lascar

Gambar hiasan 3

Perkakas hygrostat seperti yang ditunjukkan oleh gambar hiasan 1 dan 2 boleh mengawal untuk menghidupkan dan menutup bekalan kuasa kepada perkakas lain. Walau bagaimana pun, adalah dinasihatkan yang pembeli betul-betul memahami bagaimana perkakas ini berfungsi kerana ia mungkin tidak sesuai untuk kegunaan RBW anda. Dengarnya ia menghidupkan perkakas pada kelembapan tertentu dan menutup bekalan pada suhu tertentu....adakah anda hendak mengawal kelembapan RBW anda begitu?.

Saya telah mula menggunakan Hager timer untuk mengawal mesin humidifier saya, gitulah...lagi murah pun.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita....amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan