My Daughter's Blog

Khamis, 16 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 18-MARI MAIN LUKIS-LUKIS

Tempelan kali ini sekadar mengajak pembaca menganalisa sebuah reka-bentuk RBW yang canggih, dihebahkan diforum popular Indonesia dengan dua gambar dibawah, gambar hiasan 1 dan 2. Reka-bentuk ini adalah ide En Raymond, saorang yang begitu senior didalam industri penternakan walit. Terima kasih, En Raymond. Oleh kerana maklumat yang boleh didapati dari dua lakaran tadi, tidak menunjukkan kelebaran RBW dan ciri-ciri yang lain, lakaran dibawah telah mengambil 17 kaki sebagai kelebaran bangunan. Panjang nya bangunan adalah seperti dilakaran iaitu 60 kaki. Kita perlu bayangkan keperluan lain.....

 Gambar hiasan 1

 Gambar hiasan 2

Jom kita tafsir lukisan diatas dan diharapkan dapat membuat lakaran sarang burung walit seperti yang diniatkan oleh En Raymond...........

 Gambar hiasan 3

Gambar hiasan 4

Perhatikan.....
a) Dilukis LAL sebagai laluan di'stair-case'-tentunya menjimatkan dan ianya adalah melandai(tidak menukik)
b) Ruang inap berlapis dan nampak lebih tinggi dari sebelahnya yang boleh memberi ilusi keselamatan olahan istemewa.
c) Ruang diantara lantai yang terendah adalah 8 kaki.
d) Kelebaran LAL adalah bergantung kepada kelebaran tangga, yang ditunjukkan sebagai 4 kaki dilukisan ini.

Fikirkan kesusuaiannya....

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan