My Daughter's Blog

Ahad, 17 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 45- Terkenang Jasa Pendita

Didalam perjalanan saya menuju Muadzam, terdapat sebuah mercu tanda Za'ba. Gambar hiasan dibawah...Tempelan ini hanya mengenang kembali tulisan beliau....saya malu kerana kurang memakluminya, huhu.

bolehlah google sedikit untuk mengetahui lebihnya.





3. SUMBANGAN ZA'BA KEPADA BAHASA MELAYU:

3.1- Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. (4)
3.2- Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. (5) Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi.
3.3- Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. (6)
3.4- Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi.
3.5- Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". (7)
3.6- Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi(8)Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". (9)
3.7- Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) . Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.


juga


juga


dan blog-blog lain dari list disini


mari kita sumbang kepadanya bersama,  Alfatihah...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan