My Daughter's Blog

Jumaat, 15 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 40-GECKO CRAZE(REPLAY)

Cerita tokek ini pernah dicerita disini...
Diceritakan yang pak tokek ini suka bercanda sebelum memburu diwaktu senja. Kalau ianya bercanda didalam RBW maka, mungkin walet yang menginap diRBW kita menjadi kecut perut mendengar suara tokek yang sahut menyahut itu..... agaknya. Kabur ke tidak, atas waletnya juga....

Anda layan keratan dari akhbar the Star hari itu....pencarian terkini(bukan di i-net ya).......tokek, lokasi dimerata belentara, juga ke selatan Philipines. Manalah tak kena culik, hehe.





Dengarnya ramai juga yang memilih untuk membela haiwan ini........habislah jengkerik dikedai ikan, agaknya. Harap-haraplah cepat gemuk tokek itu, supaya boleh dijual dengan lebih mahal. Ada juga tulisan yang mengatakan yang tokek belaan ini sukar membesar sekiranya ia ter'usik'/terganggu ke, kurang pasti perkataannya. Apapun jangan lupa untuk mendapatkan lesen dari pejabat Perhilitan terdekat. Sebagai penternak burung walet, saya berharaplah agar ianya dibela dengan baik dan jangan biarkan terlepas, nanti naik pula pak tokek itu keRBW pula, parahlah kita jawabnya.

Kalau nak bermula membela haiwan ini, cek-cek dulu ye fakta penjualan pak tokek ini, seperti siapakan pembelinya......, nanti letih mencari jengkerik saja.:)

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan