My Daughter's Blog

Ahad, 17 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 44-Multi entry RBW atau Multi RBW?,untuk pilihan terkini?

Diperhatikan dari gambar-gambar RBW disana-sini, nampak implementasi LMBnya diatur sama ada untuk mempunyai RBW yang besar yang berLMB lebih dari satu atau bangunan rumah burung yang dipecahkan kepada beberapa buah  RBW kecil ber LMB disetiap satu, atau membuat secara tradisinya iaitu sebuah RBW yang besar yang hanya mempunyai satu LMB? Mungkin dimasa dahulu, bilangan RBW adalah berkurangan dan RBW pioneer ini hanya memerlukan sebuah LMB yang diletakkan ditempat yang strategik, sudah mencukupi untuk mendapatkan perkembangan sarangnya.

Dimasa kini, bilangan RBW ditempat-tempat yang menarik biasanya sudah agak saturated. Berikutan dengan perkembangan diaras sekondari yang kurang memuaskan diatas pelbagai sebab termasuklah burung yang kurang suka untuk turun LAL, ada para penternak yang mencuba membuka LMB pada tempat yang berlainan mungkin berikutan adanya sebuah RBW yang telah berperoduksi diarah tersebut. Apakah perlu LALnya ditutup sekiranya kedua-dua LMB ada menunjukkan perkembangan? Sekiranya LALnya tidak ditutup maka RBW itu jadi multi-entry, yalah macam gua semula jadi yang boleh mempunyai lebih dari satu lubang masuk. Tidak lah pelik sangat kan....

 Gambar hiasan RBW mempunyai dua LMB pada dua aras berlainan

 Gambar hiasan RBW yang mempunyai dua lubang LMB pada aras berlainan

Gambar hiasan RBW yang mempunyai sekat tengah untuk RBW bersebelahan

Bolehkah teknik ini(multi-entry/multi RBW) memberikan pertumbuhan yang bertambah dari option satu LMB? 
Dapatkah teknik ini(multi RBW utamanya) memberi sedikit advantage untuk memancing kembali anak-anak walet yang terbang keluar dari RBW tempat ia dilahirkan?

anda fikirkan...........
Kita usahakan agar walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan