My Daughter's Blog

Khamis, 21 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 46-Mari main masak masak

Telah diceritakan dimerata blog mengenai pembiakan serangga utamanya serangga jenis lalat buah. Ramai yang bercerita mengenai kebaikannya serta cara membela serangga tersebut. Pengalaman saya, sebenarnya kurang memberangsangkan, utamanya kerana produksi yang agak rendah untuk membuat impak yang substantial, serta timbulnya risiko memanggil pemangsa seperti pak tokek. Saya rasa pak tokek mempunyai cenderia yang spesel yang dapat mengesan tempat yang terdapat banyak serangga. Tokek mana yang tak mau mali, hulur lidah jer dah dapat makan.

Mengenai produksi yang saya jangka boleh memberi sedikit impak, mungkin pada kadar persiapan makanan yang jumlah beratnya mau-mau 10 kilo atau lebih. Saya jangka kalau setakat 1 kilo jer makanan yang disediakan, maka kerumunan lalat tersebut adalah agak tersebar untuk menjadi tarikan walet yang singgah. Namun begitu lain pula sekiranya telah dapat anak-anak walet dirumah tersebut yang kiranya akan bersyukur dengan adanya makanan didalam RBW ketika mereka belum pakar memburu serangga. Mungkin mereka akan terus tinggal disitu....:)

Gambar hiasan persiapan yang telah ditinggalkan lkurang 3 minggu

Mungkin saya salah tetapi pasal kali ini kita hanya main masak-masak je, kita boleh cuba begini. Kita perlukan sumber protein, untuk pertumbuhan yang elok, disyorkan kita gunakan tepong susu berpaket, gunakan lah pada kadar agak lumayan, mungkin suku bahagian kalau pakai isipadu. Kita perlu gula, jangan lah pulak order yang kurang manis. Buat yang manis. Kita perlu fillers, saya pernah guna dedak, jagung hancur atau yang lain-lain yang agak murah harganya. Kita juga perlu binders, mungkin kita gunakan tepung ubi atau sejenisnya supaya adunan kita sebati dan senang dituang.

Para ini baru dimasukkan,:)...... Cara memasaknya ialah secara free style.....mulakan dengan didihkan air, kemudian masak tepung sehingga sebati dan tiada ketul-ketul tepung (cuba cara cold-mix untuk mengurangkan ketulan tepung),campur air setiap campuran bahan agar adunan tidak terlalu pekat. Memang kena godak puas-puas. Lastly but not least, cuka dapur dicampurkan ikut cita rasa........ jangan sedikit sangat. Masak sehingga semua bahan telah teradun dengan uniform dan buat sajian. Saji tipis-tipis kut untuk permukaan yang terluas, guna dulang plastik besar atau plywood form dialas dengan plastik.
Juga taburkan generously instant ragi(yeast) diatas adunan yang siap dituangkan... lupa bahasa orang putihnya

Persoalan benih lalat itu boleh dimulakan dengan menggunakan pisang masak yang dibiarkan  ditempat teduh bersama satu dulang atau dua adunan diatas selama lebihkurang satu minggu ditempat teduh. Cik puan lalat akan membubuh telurnya untuk membiak. Selepas segenerasi lalat diadunan tersebut bolehlah dipindahkan diantara adunan king saiz untuk siwalet..........

Selepas main masak-masak , kita balik tidur, esok grandpa nak pi kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan