My Daughter's Blog

Selasa, 15 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 43- satu penungguan( kelulusan skim mikro kredit)

Disedut dari web agro bank

Satu cerita yang sudah lapok mungkin(Utusan Malaysia 2/3/11), tetapi ianya cerita yang patut kita tahu dan selidik lebih mendalam. Dimaklumkan yang 68 juta akan disalurkan melalui Skim Pinjaman Mikro Kredit Agro Bank untuk tahun ini. Saya rasa dananya akan cepat surut, memandangkan penternak walit bukan bumi begitu meminati industri ini. Ia memberi peluang kepada semua untuk membiayai rumah burung walet.
Paper yang saya submit adalah begitu 'simple' memandangkan ianya perlu satu projek ternakan burung walet dengan pengiraan kos projek. Saya telah mencadangkan sebuah RBW dua tingkat 18 kaki x 75 kaki lebih kurang. LBW jenis open roof dan LAL dan tangga kebawah dibelakang sekat. Walaupun rekabentuk seperti ini memerlukan ruang untuk open roof, ruang tersebut boleh dibuat kolam air, sepertinya yang disukai oleh walet. Mungkin harga yang boleh minta ialah RM 160,000. Agaknya. Ini adalah plan cadangan seperti yang dimasukkan dan belum tentu jadi plan binaan. Lagi pun, tempat binaan langsung belum ditetapkan.
Walau bagaimanapun, berikutan dengan penerbitan http://swiftworld-saifswift.blogspot.com/2011/03/coret-coret-perihal-rumah-walet.html, (thanks saifswift) saya sungguh berminat kepada sistem RBW berstruktur besi yang boleh cepat siap. Diperhatikan juga penggunaan bata blok yang setahu saya berkos tinggi.




Gambar hiasan disedut dari blog saif swift.

Data yang boleh didapati dari gambar-gambar tersebut ialah ketinggiannya adalah 20 kaki.  Lebarnya seperti 30 kaki didalam 2 span tiap-tiap satu 15 kaki. Tentunya dinding batu blok lebar dan ringan ini sesuai untuk kelebaran dan ketinggian begini, agaknya.
harga bangunan ini agaknya RM 70,000, sesuatu yang boleh dianggap tahap mampu.

Maklumat lantai bangunan pada masa ini hanyalah khayalan lagi.
a) Plastik seperti ini
Mungkin lebih sesuai untuk siling, dimana kita tidak perlu lantai untuk jalan masuk dan tiada tahi walet untuk dikumpulkan. Sekiranya digunakan untuk lantai seperti gambar diatas(lihat tingkat yang 'split level'), mungkin kena guna jalan masuk sementara atau menggunakan 'access gantry'(macam gantry crane tetapi untuk kita memetik sarang. 

b) konkrit atas lantai kayu



c) konkrit bod seperti saranan saif swift atas lantai sirip agaknya
















d) lantai konkrit dgn brc mesh

Akhirnya saya rasa kos binaan akan menjadi faktor paling penting didalam keputusan pilihan lantai. Diingati pula yang anai-anai yang boleh meruntuhkan sistem topang(support) lantai tersebut sekiranya kayu digunakan. Sistem kebiasaan lantai konkrit bertetulang BRC menjadi tarikan kerana ianya kurang penyelenggaraan serta tahan. 
Apa pun, ini hanyalah angan-angan sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada kelulusan pinjaman, iaitu satu penungguan untuk keputusan permohonan pinjaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan