My Daughter's Blog

Ahad, 13 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 40- Kolam air Type M (murah)

Beginilah adanya kolah yang diisi air dengan takungan menggunakan kanvas murahan, kalau tak silap kurang dari RM 100. Pemasangannya menggunakan kayu yang dipaku didinding bangunan. Saiz kanvas ada beberapa keluasan dari 15 kaki x 18 kaki ke yang kecil 12 kaki x 12 kaki atau yang lebih kecil lagi. Kanvas tersebut adalah buatan Negeri Thailand. Kalau mengukur untuk kolah tersebut, kenalah campurkan lebar dan panjang kolah tersebut dengan kedalaman kolah x2 dan campur 2 kaki lagi untuk pengikatan didinding. Ia hanya sesuai untuk digunakan didalam bangunan dan tidak dibawah panahan matahari.
Gambar hiasan-packing kanvas semasa dijual

Oleh kerana kanvasnya tipis, maka perlulah permukaan lantai dibawahnya bersih dari paku dan pasir yang tajam dan sekiranya ianya dipijak, kenalah berkaki ayam atau berselipar jepun. Maaf kolam saya tahan sebulan sahaja kerana kebocoran yang disebabkan oleh besi tajam di cordless yang terjatuh kedalam air.
Maklum juga yang kolah seperti ini boleh membiakkan nyamuk juga selain diharapkan menjadi tarikan kepada siwalet. Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan