My Daughter's Blog

Isnin, 21 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 47- A poor man's louvre

Beberapa pertimbangan boleh gunakan untuk memilih anak tingkap (louvre). Sebahagian dari pertimbangan ialah
a) pengurangan tekanan yang boleh diterima
b) penahanan hujan yang diperlukan
c) laluan angin pada banyaknya dan haluannya yang diperlukan
d) ketahanan berada diluar terkena panas dan hujan
e) Keperluan untuk  tetap atau boleh buka dan tutup.

Walau bagaimana pun, untuk keperluan di RBW, jenis ber-reka bentuk, louvre yang digunakan bolehlah seperti gambar hiasan dibawah ini.  Kos nya munkin tidak begitu tinggi tetapi perlu dipesan dengan dimensi serta spesifikasinya.

  Gambar hiasan 

Untuk menggunakan louvre yang murahan, bolehlah digunakan 70% plastic sheeting seperti gambar yang dibawah ini.  Ia boleh melepaskan angin, menahan sebahagian besar air hujan , dan dengan menggunakan lapisan tambahan, kegelapan nya juga boleh dikawal. A poor man's version of louvre dan jenis siap jamtu.

Gambar hiasan
Agaknya.
Moga-moga burung datang berduyun-duyun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan