My Daughter's Blog

Khamis, 17 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 45- Teknik Bahagian Julur untuk keluasan roving

Keluasan kawasan "roving"  berdinding diluar untuk LMB  berjenis open roof mungkin boleh menjadi tarikan kepada burung walet memandangkan ianya menyenangkan laluan masuk keRBW. Salah satu cara untuk mendapatkan keluasan kawasan roving yang berdinding ialah dengan menggunakan teknik bahagian julur(cantilever section) seperti yang tertera dilukisan dibawah ini. Ia menjimatkan kawasan yang boleh digunakan untuk kawasan nesting.
Dinding kawasan tersebut bolehlah dibuat secara tetap dengan menggunakan bata atau yang lain dibahagian atas bangunan tetapi dibahagian julur ianya boleh dibuat dengan zinc dan berstruktur kayu agar ianya ringan. Lantainya bolehlah dibuat dari papan plywood yang boleh dilindungi dengan menggunakan kanvas. Panjang julur yang selamat ialah tidak lebih 6 kaki agaknya. Hati-hati juga dengan pijakan kita supaya tidak terjebak dengan penerbangan free fall.




Gambar hiasan

Mungkin juga teknik sebegini boleh digunakan untuk meluaskan 'roving room' di LBW untuk memberi ruang laluan yang lumayan. Harap-haraplah burung datang berduyun-duyun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan