My Daughter's Blog

Rabu, 28 Disember 2011

Jom Layan Sembangwalet 66- Mari Main Bazooka

Salam sokmo. maaf lama tidak kembali disini. urusan kerjan. gitulah. pak sembang ingin bercerita mengenai bazooka, pembuatan bazooka dengan cara DIY dan yang pastinya satu KM pun ia boleh kedengaran dengan kuat, tetapi maklum sahaja lah bahagian distortion tu pak sembang kurang kaji. Apa pun kita mahu gegar walet itu kaji suara itu datang dari mana, dan datang ke RBW kita.


Mula kita tengok asas peralatan yang nama nya 'horn'. orang  kita panggil hon. di kereta pun ada hon. Ianya adalah peralatan kecil yang mampu bersuara besar. Lihatlah gambar anjing diatas kyusuk mendengar bunyi kawannya menyalak, agaknya, begitulah juga hendaknya hon yang akan kita buat ini.





Beginilah penggunaan hon dizaman moden, memang bunyinya macam di konsert, sebab nya dikonsert mereka menggunakan hon untuk penyampaian yang efisien. Begitu juga pemasangan dikereta..... Pak Sembang pada satu masa dahulu ada pasang pakej ini.....dikereta jeep. memang main sampai pekak. Sekarang bunyi waket ketik ketok pun pak sembang susah dengar....hehe




Sayangnya honnya telah kecurian.....tentu ianya sesuai untuk LMB

Untuk Bazooka DIY, pak sembang cadang penggunaan  speaker HP 5000,






yang berharga diantara RM35 ke RM45. Ianya sesuai kerana ianya semenangnya berbunyi kuat. maaf kalau ia cepat rusak. Main power gitulah jawabnya. 





Anda perhatikan ada ring didalamnya. Dengan adanya ring didalamnya kita dapat memasukkan spout kita ini kedalamnya. walau bagaimanapun, spout ini perlulah dipotong pada tempat yang sesuai supaya ianya boleh masuk diluar ring yang didalam speaker tersebut. Gambar spout yang belum dipotong dan pernah saya beli di ACe hardwarelah, mana lagi.

Tempat pemotongan spout ini saya cadangkan dengan mengukur diameter luar spout ini ddibanding dengan lubang speaker HP 5000 tersebut. ketebalan dinding spout itu bolehlah ditrim supaya boleh masuk sendat ke speaker tersebut. selepas memasukkan spout tersebut, maka kita ambil senang mengikat dengan menggunakan sekeru terus kedinding speaker tersebut. Spout ini bolehlah juga diganti dengan kepingan zinc yang dibuat seperti spout tetapi memerlukan kepandaian mengetuk kepingan zinc pula.

 Yang sudah dipotong bawahnya boleh dibuang.....

bahagian spout yang masuk sendat kedalam tweeter tersebut....(gambar diatas)
.
Apabila sudah siap nampak seperti ini...(gambar diatas)

Penggunaan corong dari Ace Hardware memang amat kemas, dan saya rasa dapat memberi 'power' secukupnya, kerana ia sendat pada tweeter tersebut. Untuk memastikan yang ianya terlekat, bolehlah disekeru ditepi tweeter menembusi tepinya. Kita perhatikan gambar lain untuk tweeter yang sama


Perhatikan gambar dari tepi, yang nampak kemas, untuk sendat yang elok.

Pemandangan melihat kedalam corong tersebut, menunjukkan sendat yang elok.

Agaknya kenapa ianya bersuara kuat, saya agak apabila kita sendatkan laluan suara keluar, maka throat laluan suara itu mengecil dan seperti theori horn, ia memberikan suara yang lumayannya kuat. very efficient and very loud, try it walet pasti suka........Agaknya

ordering di ace hardware

nanti bila pak sembang senang, diupload gambar pakai kepingan zinc yang dibuat spout...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan