Gambar hiasan 1
Gaambar hiasan 2
Kita perhatikan yang RBW ini adalah didalam kawasan perumahan tradisi melayu. Siapakah tuan punya gedung ini? Mungkin dipunyai oleh anak tuan rumah ini yang bekerja dikota..... kan Kuala Pilah ni biasa didengar mengekspot pegawai2, jurutera2 dan ahli korporat....,agaknya. Oleh kerana kedudukan nya diperkampungan melayu dan pekan Kuala Pilah tidak ternampak mempunyai RBW yang gede-gede, RBW ini adalah pioneer. Mudah-mudahan cepat perkembangan walitnya.
Gambar hiasan 3
RBW ini sukar diketahui cara pembinaannya memandangkan binaannya yang rapi dan kemas. Daripada rekabentuk bumbungnya, RBW ini berlantaikan papan tetapi RBW berlantaikan konkrit pun boleh berbumbung begitu. Lubang masuk burung dijangka jenis lubang tepi didinding. Bilik kontrol dibuat diluar bangunan rumah burung berbumbung rata dengan konkrit untuk memberi kekuatan seperti dinding bangunannya.
Adalah pasti yang burung mengenal warna pada tahap lebih baik dari manusia, dan mungkin dengan mengecat RBW dengan warna yang jarang ada dikawasan itu boleh memudahkan walet mengenal rumahnya dan juga mudah tertarik kepadanya. Siapa yang cuba, dia sahajalah yang mengetahui baik buruknya.
Sementara itu diJuasseh, pernah dicerita pembinaan RBW Jom Layan - RBW di Juasseh. Status nya masih work in progress. Pembinaan monkey house telah bermula....... perhatikan pembinaan column dan juga tingginya pokok-pokok disekeliling bangunan itu.
Gambar hiasan 4
Gambar hiasan 5
Anda fikirkan pilihan tuan punya RBW ini.....
Moga burung walit datang berduyun-duyun keRBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan