My Daughter's Blog

Isnin, 4 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 34- Teknik Lapik Kepingan Siling di dinding

 Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 1 diatas menunjukkan salah satu cara, untuk menebat haba yang dipancar dari sinar matahari.  Atap zinc diletakkan didinding menggunakan spacer agar kejauhannya dari dinding adalah lebih kurang 6 inci. Adalah diharapkan pada jarak ini, radiasi dari kepingan zinc dapat dikurangkan dan ruang itu serta keadaan petak-petak itu memberikan laluan angin yang lebih baik untuk mengurangkan pemindahan haba melalui perolakkan. Salah satu cara untuk mengetahui keberkesanan dinding lapik ini ialah dengan membuat panel ujian dan dindingnya diuji suhunya menggunakan jangka suhu infra-red(gambar hiasan 2).
Gambar hiasan 2


Gambar hiasan 3

Gambar hiasan 3 menunjukkan sebuah RBW yang terletak melintang dimana sisi panjangnya terkena sinar matahari petang. Didalam keadaan sebegini, sepanjang RBW yang sisinya terkena sinaran perlulah diletakkan penebat haba agar suhu dalaman RBW didalam kawalan. Pemilik RBW ini telah memilih untuk menggunakan kepingan siling dan menggunakan rangka kayu untuk 'spacer'.

Gambar hiasan 4


Gambar hiasan 5

Anda perhatikan cara binaannya dan nampak ia berbeza dengan cara binaan diGambar hiasan 1.
Apakah jarak diantara dinding dan kepingan siling itu mencukupi .....?
Dapatkah angin ber ventilasi didalam kotak kayu itu dengan aturan rangka kayu begitu?
Agaknya semuanya telah diatasi........

Apakah juga perlakuan begini diperlukan sekiranya orientasi bangunan ini menunjukkan sisi yang pendek kepada sinaran matahari diwaktu petang ?

Anda fikirkan............


Tiada ulasan:

Catat Ulasan