My Daughter's Blog

Khamis, 7 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 36-Teknik tweeter panggil keliling

Penggunaan hexagon tweeter untuk memanggil burung walet ke RBW adalah perkara biasa yang dilakukan oleh para penternak. Ada yang memasang dengan kuat agar ianya didengar berbatu-batu dan banyaklah pulak burung berlegar-legar diatas RBW tersebut. Baik ketidak hanya tuan punya yang mengetahuinya. Ada setengah tweeter panggil keliling ini memerlukan penutup dihadapan corongnya untuk mengelakkan drivernya terkena air. Penutup inilah biasanya yang menjadikan masalah kerana ianya sebenarnya mempunyai ciri-ciri menebat suara(. Kadang-kadang sipenternak perlu menguatkan suara pula kerana suara tweeter panggil ini sebenarnya tersumbat oleh penutup hadapan itu. Suara yang keluar dari tweeter tersebut adalah suara muffled. Disebabkan keperluan menguatkan tweeter ini, mungkin teknik suara kita jadi kurang tepat. Anda perlu berpuas hati dengan cara penutupan tweeter dicorong sebelum membeli tweeter jenis ini.

Mungkinkah ini sebabnya ada penternak yang menggunakan tweeter 'bare' sahaja seperti yang ditunjukkan dibawah ini. Walaubagaimana pun perlulah tweeter tersebut diberi perlindungan dari terbanjir(flooded) oleh air hujan dibahagian drivernya. Apakah mereka menggunakan lubang drain yang diletakkan strategik atau menggunakan tweeter yang kalis air atau kedudukan tweeter yang tepat(tidak mendongak) atau ada teknik lain lagi, perlu disharing lagi teknik nya. Anda perhatikan teknik ini digambar dibawah ini.... 

gambar hiasan 1


Gambar hiasan 2

Dengan penggunaan tweeter tanpa penutup ini suara panggil dapat dimainkan pada kekuatan yang tepat dan memberikan suara yang ori...kesukaan walet, agaknya.

Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan