My Daughter's Blog

Ahad, 17 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 43 - Status RBW diKuala Pilah

Pada 15/07/11, saya pergi keMuadzam menjengok anak yang belajar disitu. Oleh kerana ianya perjalanan harian pergi dan balik, maka perjalanannya agak 'rushing' juga, tetapi sempat juga mengambil gambar RBW didalam binaan diKuala Pilah(gambar luar sahaja). RBW ini pernah ditunjuk disini. Tekan dan Jom Layan-RBW binaan cantik.

Jom Layan status terkini.....

Gambar hiasan

Nampaknya tuan punya telah juga memotong pokok-pokok dihadapan LMBnya untuk memberi ruang roving kepada siwalet. Saya perhatikan juga yang RBW ini sudah memiliki pagar keliling, yang membuat kawasan dibawah LMB, bukan kawasan lalu lalang. Setahu saya, pada ketinggian LMB seperti ini, burung walet boleh merasa terganggu dengan kehadiran manusia dibawah LMB. Apa pula impak kenderaan yang lalu-lalang lebih kurang 200 kaki dari LMB ini?....Time will tell....agaknya


Mudahan walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan