My Daughter's Blog

Ahad, 19 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 109- Antara dua (ultrasonik/taiwan)

Antara dua humidifier ini;



























Humidifier buatan taiwan

dan




Yang ini 10 mata ultrasonic humidifiier

Saya pilih humidifier buatan taiwan dengan aturan seperti gambar dibawah ini,  siap dengan top-cover dan top cover support yang dibuat dari paip air. Ini buatan orang yang tekun, agaknya.


Gambar hiasan humidifier buatan taiwan dengan DIY top cover

Perlulah juga aturan timer, hidup 15 minit dan tutup 15 minit untuk menjaga jangka-hayat mesin tersebut.

Gambar hiasan timer untuk selang seli on/off


Pilihan top-cover yang senang pakai adalah seperti dibawah ini yang boleh dibeli lebihkurang RM 50.00 sahaja.

Gambar hiasan top cover

berlawanan dengan aturan humidifier ultrasonik yang memerlukan aturan kipas serta pendawaiannya yang berjalan semasa dengan humidifiernya. Pemegang kipas perlulah lebih tetap dari pemegang styrofoam seperti dibawah ini.

Gambar hiasan pemasangan kipas sementara


Gambar hiasan DIY ultrasonic humidifier

Biasanya ultrasonic humidifier dibekalkan tanpa kotak air. Kotak air ini perlulah dibuat DIY menggunakan tong plastik bersaiz lebihkurang 6 gelen air. Ianya perlu mempunyai pasangan paip seperti tank air dimana bila paras air turun, maka tong akan terisi dengan sendiri sehingga paras floatnya. Humidifier bolehlah diletakkan atas spacer yang disesuaikan dengan ketenggalaman mata humidifier itu. Outlet pipe dan lubang masuk angin dan keluar wap melalui paip yang bersaiz lebihkurang 4 inci adalah diperlukan.

Timer selang seli on/off selama 15min(gambar diatas) amatlah perlu untuk ultrasonic humidifier berbanding dengan humidifier jenis taiwan kerana humidifier ini cepat panas. Cepat panas terus cepat rosak. Kalau sudah rosak maka kelembapan RBW akan berkurangan dari sepatutnya. Timer yang diperkatakan disini adalah timer jenis murah, boleh dibeli RM 15 satu.

Untuk mengawal kelembapan RBW bolehlah menggunakan controller yang boleh menghidupkan humidifier pada paras kelembapan yang ditetapkan dan menutup bekalan letrik pada paras yang ditentukan juga. Ada sesetengah controler ia menutup bekalan pada paras suhu yang ditentukan. Macamlah humidifier itu boleh mengawal dengan baik kesejukkan RBW melalui kewapan. Apa pun sekarang saya pakai Hager timer dan bacaan kelembapan melalui data logger.  Harganya adalah lebihkurang RM 85 sebiji.

Gambar hiasan Hegar timer 

Gambar hiasan Data Logger

Pada pendapat saya humidifier jenis taiwan adalah lebih sesuai untuk RBW sekiranya 'maintenance free' yang diperlukan. Ikut pengalaman saya ultrasonic humidifier cepat rusak, dan didalam kasus saya RBW saya adalah 300km dari rumah saya menjadikan ianya dijengok seminggu sekali paling kerap, maka saya perlu yang tanpa jagaan,agaknya. Saya kurang mengetahui keperluan siwalit, anda fikirkan kesesuaiannya

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 20-Sijil Perwaletan TerSangsi


Gambar hiasan(salah satu rajah dari kursus)


Sekadar bercerita yang saya pernah pergi kursus untuk penternak walet anjuran kelab sukan....... dan telah diberikan sekeping sijil. 'Impression' ketika itu, kalau ada sijil ini, bolehlah digunakan untuk permohonan lesen RBW. Rasanya, pada masa itu ramai yang berebut-rebut menghadiri kursus perwaletan kerana sijil itu adalah syarat untuk lesen RBW. Memang ada demand kursus itu. Masa saya pi kursus itu, ada lebih kurang 450 orang yang bersama menghadirinya. Bayangkan kalau saorang kena bayar RM300 (tak berapa ingat)........... Anda fikirkan...

Kemudiannya, kursus itu menyediakan penternak dengan pengetahuan mengenai penyakit burung yang selalu menjadi cerita semasa, industri sarang burung termasuk ekspot dan perlesenan dan juga hal perlesenan bangunan dibawah majlis tempatan. Ada juga dislotkan satu sessi 'courtesy' oleh saorang pegawai yang ketika itu hendak bersara mengenai pengalaman beliau membina RBW contoh jenis mudah dimiliki(murah) dan juga penerangan oleh pegawai dari Agro Bank mengenai pinjaman bank.

lanjut dari cerita diatas mengenai konten kursus, perlulah ada konten lain yang boleh memberi orang ramai pengetahuan lebih mendalam mengenai rahsia perwaletan yang boleh membantu para-penternak semoga lebih ramai penternak yang berjaya, perlulah kadar bayaran yang lebih rendah yang membolehkan lebih ramai orang menghadiri taklimat tersebut, juga keperluan yang kursus dijalankan melalui saluran yang tidak mendatangkan keraguan mengenai cara penerimaan bayaran .......satu perkara yang saya kurang selesa hingga sekarang. Maaf kepada semua sekiranya ada yang kurang tepat atau sekiranya telah diperbetulkan...


Gambar perhiasan burung yang tidak boleh dimakn sarangnya(disedut dari kursus)

Khamis, 16 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 18-MARI MAIN LUKIS-LUKIS

Tempelan kali ini sekadar mengajak pembaca menganalisa sebuah reka-bentuk RBW yang canggih, dihebahkan diforum popular Indonesia dengan dua gambar dibawah, gambar hiasan 1 dan 2. Reka-bentuk ini adalah ide En Raymond, saorang yang begitu senior didalam industri penternakan walit. Terima kasih, En Raymond. Oleh kerana maklumat yang boleh didapati dari dua lakaran tadi, tidak menunjukkan kelebaran RBW dan ciri-ciri yang lain, lakaran dibawah telah mengambil 17 kaki sebagai kelebaran bangunan. Panjang nya bangunan adalah seperti dilakaran iaitu 60 kaki. Kita perlu bayangkan keperluan lain.....

 Gambar hiasan 1

 Gambar hiasan 2

Jom kita tafsir lukisan diatas dan diharapkan dapat membuat lakaran sarang burung walit seperti yang diniatkan oleh En Raymond...........

 Gambar hiasan 3

Gambar hiasan 4

Perhatikan.....
a) Dilukis LAL sebagai laluan di'stair-case'-tentunya menjimatkan dan ianya adalah melandai(tidak menukik)
b) Ruang inap berlapis dan nampak lebih tinggi dari sebelahnya yang boleh memberi ilusi keselamatan olahan istemewa.
c) Ruang diantara lantai yang terendah adalah 8 kaki.
d) Kelebaran LAL adalah bergantung kepada kelebaran tangga, yang ditunjukkan sebagai 4 kaki dilukisan ini.

Fikirkan kesusuaiannya....

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Rabu, 15 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 108 - Makluman AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Tempelan terkini mengenai dengan cara memperlakukan hidupan liar...........
Tekan dan Jom Layan blog Pak Din

Rujukan Akta dari website http://www.wildlife.gov.my

Salinan akta ada dibawah ini............
Tekan dan Jom Layan Salinan akta

Saya tengok sinarai hidupan menangkumi hampir semua hidupan, nak kena study pulak kalau nak tau yang tidak tersinarai....lembu, kambing..ayam...

apa pun ada clausa tika melindungi haiwan ternakan ......tafsir lah


'Menangkap atau membunuh hidupan liar untuk melindungi
tanaman
54. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika manamana
hidupan liar menyebabkan, atau terdapat sebab untuk
mempercayai bahawa ia akan menyebabkan, kerosakan yang serius
kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kayu
yang sedang membesar, ayam ternakan atau haiwan ternakan dalam
milikan seseorang pemunya atau penduduk tanah, pemunya atau
penduduk itu atau mana-mana pekerja pemunya atau penduduk
itu atau mana-mana pegawai boleh menangkap atau membunuh
hidupan liar itu selepas terlebih dahulu menggunakan usaha yang
munasabah untuk menakutkan hidupan liar itu supaya ia lari dan
gagal untuk berbuat demikian.
(2) Jika mana-mana hidupan liar telah menyebabkan kerosakan
yang serius di bawah subseksyen (1) tetapi telah berhenti berbuat
demikian, hidupan liar itu tidak boleh ditangkap atau dibunuh.
(3) Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, tanpa kelengahan
yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir
mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar, kerosakan
dan senjata yang digunakan (jika ada) dan sama ada hidupan liar
itu ditangkap atau dibunuh.
(4) Mana-mana pemunya atau penduduk tanah atau pekerja
pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Mana-mana hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh di
bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah
tanpa kelengahan diserahkan kepada seorang pegawai.'

apa saya betul pak?....kurang tahu sebenarnya...