My Daughter's Blog

Isnin, 14 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 42- Kejadian letupan Janakuasa Nuklear fukushima-penjelasan

Terima kasih kepada pengarang artikel ini serta Albert R yang menghantarnya kepada saya,
http://bravenewclimate.com/2011/03/13/fukushima-simple-explanation/#more-3970, mengenai penjelasan kejadian letupan janakuasa nuklear Fukushima.
Sebelum 


Letupan


Selepas

Harapan kita agar tidak ada kemalangan melibatkan kuasa nuklear lagi dimasa akan datang harap-haraplah tiada limpahan bahan radio-aktif ke sini, amin.
pemereksaan radioaktif

Artikel mengenai kapal pengangkut kapal terbang tentera US, berlabuh jauh dari radiasi, selepas mendapati ada kesan radiasi dikawasan tersebut. http://www.chinapost.com.tw/asia/japan/2011/03/15/294693/US-carrier.htm. Harap-harap tidaklah melarat.

Negara Jepun akan memerlukan kuasa letrik untuk menggantikan tenaga yang patut dikeluarkan oleh janakuasa nuklear. Tentunya harga minyak akan naik kerana permintaan yang meningkat. Agaknya.
Apakah impaknya kepada harga sarang walet kita?  peningkatan harga insyallah. Penjelasannya, akan lebih ramai penduduk negara China yang akan mampu menggunakan produk sarang walet, kerana mereka boleh mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan oleh orang jepun berikutan tragedi gempa, tsunami dan kejadian letupan janakuasa nuklear yang menimpa orang jepun. Agaknya.
Marilah kita bersama-sama menceburi industri penternakan burung walet ini.

Sembang walet swiftlets 41-Impak gempa keatas makhluk bumi

"Earthquake moved Japan 2.4 meters and Shifted Earth on its Axis" -disedut dari inet.

Gempa bumi berdekatan kepulauan Jepun telah menggerakkan kepulauan tersebut sejauh 8 kaki dan telah menganjakkan bumi dari paksi sebelumnya. Mungkinkah ada perubahan kekuatan magnet atau yang sepertinya dimana ia boleh menyebabkan perubahan kepada hidup kita, cuba fikirkan:
a) Ada burung walet terasa ciri-ciri pengemudiannya magnet telah bertukar dan tidak  menjumpai tempat tujunya mengikut panduan magnet seperti biasanya, seperti tidak dapat menemui sarangnya diRBW atau tidak dapat pulang langsung.
b) Apa pula impaknya kepada burung/binatang yang 'migratory', juga yang lain yang memerlukan kekuatan magnet untuk hidup harian.
c) Apa pula perubahan di alam tempat kita duduk ini. Mungkin ada tempat yang lebih panas dan juga menjadi lebih sejuk atau pun ada perubahan cuaca.
d) Ada kah segelintir manusia akan berubah perangai dari perubahan ini.
Mungkinkah perubahan axis ini tidak melibatkan perubahan axis magnet, saya pun kurang tahu. Ada disebut begini:
" The Earth shifted on its rotation axis by ten centimeters, stated Italy’s National Institute of Geophysics and Volcanology. The quakes’ impact on the axis was much greater than the shift from the 9.1 Indonesian quake in 2004; and second only to the Chilean quake of 1960. The information comes from the INIGV’s Antonio Piersanti.
The shift affects the length of time it takes the Earth to make a complete rotation. After the Chilean quake the earth lost a 1.26 microsecond. According to “Earth Sciences; “Earth's axis is the imaginary line which goes through the north and south poles and around which Earth spins. It is inclined 66.5 degrees from Earth's orbital plane, which means that it is tilted 23.5 degrees from a vertical 90 degrees. 


Generally, an axis is any imaginary or physical line that prescribes an object's movement. A taut string that goes through the center of a spinning ball would be an example of a physical axis. The string, as the axis, would represent the part of the ball that is not really moving or that is moving the least. An axis also includes the point that is known as the center of gravity.”
Agaknya.



Disedut dari Sembang "Swiftlets Farming"



Waletgroup said...

Kena fikir jugak tu.. mungkin ada kesannya,Alhamdullilah... sekarang burung walit duk mengeram... tak merayau2 sangat.. mudahan mereka tak sesat kalau keluar, kalau sesat pun suara tok gawa ada.. jadi panduan.. ha ha


Ahad, 13 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 40- Kolam air Type M (murah)

Beginilah adanya kolah yang diisi air dengan takungan menggunakan kanvas murahan, kalau tak silap kurang dari RM 100. Pemasangannya menggunakan kayu yang dipaku didinding bangunan. Saiz kanvas ada beberapa keluasan dari 15 kaki x 18 kaki ke yang kecil 12 kaki x 12 kaki atau yang lebih kecil lagi. Kanvas tersebut adalah buatan Negeri Thailand. Kalau mengukur untuk kolah tersebut, kenalah campurkan lebar dan panjang kolah tersebut dengan kedalaman kolah x2 dan campur 2 kaki lagi untuk pengikatan didinding. Ia hanya sesuai untuk digunakan didalam bangunan dan tidak dibawah panahan matahari.
Gambar hiasan-packing kanvas semasa dijual

Oleh kerana kanvasnya tipis, maka perlulah permukaan lantai dibawahnya bersih dari paku dan pasir yang tajam dan sekiranya ianya dipijak, kenalah berkaki ayam atau berselipar jepun. Maaf kolam saya tahan sebulan sahaja kerana kebocoran yang disebabkan oleh besi tajam di cordless yang terjatuh kedalam air.
Maklum juga yang kolah seperti ini boleh membiakkan nyamuk juga selain diharapkan menjadi tarikan kepada siwalet. Agaknya.

Sabtu, 12 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 39- Penggunaan humidifier diRBW

'Humidifier' adalah alat yang digunakan untuk menaikkan tahap kelembapan sesuatu RBW. Jenis-jenis humidifier yang biasa digunakan di RBW adalah seperti berikut:
1)Taiwan humidifier

2) Ultrasonic Humidifier

3)Penyembur tekanan tinggi.

Yang termurah dipasaran sekarang ialah humidifier jenis 'Taiwan" seperti gambar 1 diatas. Unit seperti itu hanya perlu topinya yang berbentuk seperti dibawah ini

Harga satu set adalah lebih kurang RM 400. Kegunaannya adalah efektif dan kurang memerlukan penyelengaraan. Ada juga yang menggunakan papan lencong yang diatur sebegini untuk penggunaan yang praktikal.
Gambar Hiasan ihsan kawe

Penggunaan ultrasonic humidifier pula memberi munafaat dengan semburan yang halus. Ia memerlukan kipas kecil yang perlu diserentakkan dengan operasi humidifier tersebut. 
Ia juga memerlukan sedikit DIY untuk menyediakan kotak air yang berpelampung untuk mengawal pembekalan air supaya tidak melimpah. Rujukan diblog ini cara DIY http://yenyen-swiftlet-farming.blogspot.com/search?updated-max=2010-09-18T22%3A35%3A00-07%3A00&max-results=10
Penggunaan ultrasonic humidifier yang lama boleh menyebabkan ia panas walaupun ia terendam didalam air. Mungkin peralatan timer yang boleh mengawal nya beroperasi 15/? minit dan berhenti 15/? minit dapat memberikan nya servis yang lebih panjang. Harganya alat humidifier tersebut adalah lebihkurang RM 500 tidak termasuk kipas dan tangki air serta pelampungnya.

Kapasiti semburan air diantara kedua-dua humidifier ini adalah lebih kurang belaka.

Alat humidifier tekanan tinggi pula sudah jarang digunakan kerana ia mudah sumbat dan boleh bocor yang boleh menyebabkan jamuran pada sirip dan banjir. Harganya pula agak lumayan dan perlu pemasangan secara profesional. Agaknya. 

Kalaulah RBW saya jauh dan jarang saya lawati, saya rasa humidifier jenis taiwan akan lebih praktikal, tetapi kehendak siwalet siapalah yang tahu.