My Daughter's Blog

Sabtu, 12 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 39- Penggunaan humidifier diRBW

'Humidifier' adalah alat yang digunakan untuk menaikkan tahap kelembapan sesuatu RBW. Jenis-jenis humidifier yang biasa digunakan di RBW adalah seperti berikut:
1)Taiwan humidifier

2) Ultrasonic Humidifier

3)Penyembur tekanan tinggi.

Yang termurah dipasaran sekarang ialah humidifier jenis 'Taiwan" seperti gambar 1 diatas. Unit seperti itu hanya perlu topinya yang berbentuk seperti dibawah ini

Harga satu set adalah lebih kurang RM 400. Kegunaannya adalah efektif dan kurang memerlukan penyelengaraan. Ada juga yang menggunakan papan lencong yang diatur sebegini untuk penggunaan yang praktikal.
Gambar Hiasan ihsan kawe

Penggunaan ultrasonic humidifier pula memberi munafaat dengan semburan yang halus. Ia memerlukan kipas kecil yang perlu diserentakkan dengan operasi humidifier tersebut. 
Ia juga memerlukan sedikit DIY untuk menyediakan kotak air yang berpelampung untuk mengawal pembekalan air supaya tidak melimpah. Rujukan diblog ini cara DIY http://yenyen-swiftlet-farming.blogspot.com/search?updated-max=2010-09-18T22%3A35%3A00-07%3A00&max-results=10
Penggunaan ultrasonic humidifier yang lama boleh menyebabkan ia panas walaupun ia terendam didalam air. Mungkin peralatan timer yang boleh mengawal nya beroperasi 15/? minit dan berhenti 15/? minit dapat memberikan nya servis yang lebih panjang. Harganya alat humidifier tersebut adalah lebihkurang RM 500 tidak termasuk kipas dan tangki air serta pelampungnya.

Kapasiti semburan air diantara kedua-dua humidifier ini adalah lebih kurang belaka.

Alat humidifier tekanan tinggi pula sudah jarang digunakan kerana ia mudah sumbat dan boleh bocor yang boleh menyebabkan jamuran pada sirip dan banjir. Harganya pula agak lumayan dan perlu pemasangan secara profesional. Agaknya. 

Kalaulah RBW saya jauh dan jarang saya lawati, saya rasa humidifier jenis taiwan akan lebih praktikal, tetapi kehendak siwalet siapalah yang tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan