Majlis Bandaran ditempat saya tinggal telah memasang sebuah network CCTV berjanakan solar sejak setahun lepas. Sejak pemasangan CCTV ini, ia telah ditukar menandakan sistem pertama telah tidak dapat berfungsi dengan baik. Selepas pertukaran sistem yang ini, nampaknya ianya berfungsi dengan baik untuk pihak tertentu mengawas pergerakkan kenderaan didalam penjagaan keamanan kampung setempat.
Sistem sebegini biasanya menghadapi masalah resolution, kesusuaian beroperasi sepanjang waktu dan juga kecukupan kuasa yang tersimpan untuk beroperasi setiap masa. Masalah penghantaran data dengan baik tentunya juga satu perkara yang perlu menggunakan peralatan yang changgih, memandangkan bilangan CCTV dan luasnya kawasan yang terbabit.
Dijangka ianya belum lagi dapat merakam dan menyaman pesalah trafik secara automatik. Mungkinkan ini satu pilot projek untuk sistem bersepadu merangkumi hal keselamatan setempat dan juga perekod kesalahan trafik? canggihnya.
Alangkah bahagia nya kalau RBW saya boleh mempunyai sistem CCTV seperti ini untuk luaran dan sistem serupa untuk dalaman bangunan itu. Pemasangan CCTV ada 2 bahagian, dari cam ke TV diRBW, dan dari controller ke TV kita dirumah melalui internet. Kalau berminat bolehlah sedut panduan
dari:http://www.palmx.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=165&Itemid=45
http://www.palmx.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=172&Itemid=45
dan juga siri panduan yang lain dari penulis itu. Terima kasih kepada Dr Azmi si penulis.
Dengan adanya CCTV dari RBW kerumah, maka kita akan sekali gus mengetahui status suara, status burung diLMB, status keamanan RBW dan juga mungkin status nesting room yang berkembang pesat itu. Agaknya.
Moga-moga burung datang berduyun-duyun keRBWku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan