My Daughter's Blog

Isnin, 30 Mei 2011

Sembang sembang walit 101-Lagi Teknik RBW iras MAHA2010(I)

Tempelan sebelum ini mengenai perkara yang serupa;
Tekan dan Jom Layan- Teknik RBW iras MAHA 2010

RBW ini letaknya diNenasi, mempunyai bilik nesting sebesar 30kaki dengan lebar 15 kaki dan ketinggian ruang pada 12 kaki dan bilik monyet dan ruang putar seluas 15 kaki x 15 kaki dan tingginya 20 kaki, semua jarak adalah lebih-kurang mengikut benuknya. Reka bentuknya adalah serupa dengan yang dipaparkan oleh jabatan yang berkenaan dipameran MAHA2010 yang lalu dengan mod. di ketinggian ruang putar dan rumah monyet.
Bumbung diatas ruang nesting diletak tinggi bagi memastikan yang terik matahari tidak berpindah ke tempat bersarang.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan strong door details

 
Gambar hiasan LMB

Merujuk kepada analisa pelan bangunan yang dikepilkan bersama ini, ruang nesting dapat memberikan gredasi cahaya dari separuh terang kepada agak gelap dihujung ruang nesting, memberi pilihan kepada siwalit untuk menentukan tempatnya bersarang, sekiranya ada diletakkan dinding sekat berpintu di bawah rumah monyet.

Gambar hiasan Pelan/rajah rumah burung walit


Kawasan sekitarnya adalah belukar tetapi kawasan yang berdekatan dengan RBW telah dibersihkan menunjukkan kawasan begitu sesuai untuk walit mencari makanan serta bermain-main. Dengan LMB mengarah kekawasan belukar/sungai agaknya, dan ketinggian rumah monyet yang sederhana, memerlukan juga, yang di kawasan mengarah keLMB tidak ada ganguan dari manusia. Sebarang ganguan boleh membuat siwalet takut untuk masuk keRBW. Keadaaan rekabentuknya jika diperhatikan dari luar adalah nyaman mengundang siwalet menginap, agaknya

Kosnya, mungkin mencecah RM 40k termasuk peraatannya,kut. Anda cek lah...mana tau, boleh dapat harga yang lebih berpatutan....

Moga siwalit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Ahad, 29 Mei 2011

Sembang sembang walit Century Run(100)-Teknik Pintu LMB bertangkup

Peruntukan LMB adalah perkara yang amat mustahak didalam menentukan tahap kejayaan RBW dan perlu diadun agar ianya juga dapat mengawal masuk tempiasan cahaya luar masuk ke-ruang dalaman RBW, tidak lupa juga binatang pemangsa walit seperti pak burhan selain dapat menjadi laluan burung yang lumayan. Agaknya kalau keterlaluan menangani masalah cahaya melalui LMB, maka boleh juga terbentuk teknik pintu LMB bertangkup. Amati gambar dibawah ini, seperti pernah menggunakan teknik ini pada satu ketika dulu. Pastinya LMB ini adalah menghala kebarat iaitu kearah matahari turun dan sinar matahari boleh memasuki lubang ini.
Teknik ini akan menyukarkan siwalit masuk keRBW serta boleh menghalang gelombang suara keluar. Kedua-dua perkara ini boleh menjadi masalah kepada perkembangan burung walit digedung ini.


Gambar hiasan penangkup lubang

Gambar hiasan RBW yang sama

LMB dibawah ini juga menggunakan teknik pintu LMB bertangkup dan boleh menghadapi masalah yang dibincangkan diatas. Tekan dan Jom Layan -Harry kok blog


Gambar hiasan RBW terbabit

Biasanya penggunaan teknik ini terjadi dimana LMBnya perlu dibuat mengarah kebarat(arah matahari turun), dimana disitulah juga arah menghadap laluan burung pulang, kawasan burung berkumpul disebabkan adanya makanan, sungai dan lain2 yang menjadi tarikan siwalit. Agaknya. Harap-harap kita tidak memerlukan /terguna teknik ini yang lebih banyak mendatangkan masalah kepada perkembangan koloni walit kita dari kebaikan yang boleh ia bawa.

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita..

Sabtu, 28 Mei 2011

Sembang sembang walit 99- Antara Dua - Jenis lantai konkrit

Pemilik RBW boleh memilih 'antara dua' jenis untuk membina lantainya ketika masa pembinaan rumah walet, iaitu secara:
a) konkrit in-situ
b) konkrit ala prefab

Konkrit in-situ biasanya berketebalan diantara 4 hingga 6 inci dan bertetulang besi. Ramai yang senang menggunakan tetulang BRC. Jenis konkrit seeloknya berkekuatan 25 Nm/m2 agar ianya agak padat supaya kurang peresapan air kebahagian bawah lantai(sofit). Pembuatannya memerlukan pemasangan 'formwork' tetulang dan perancah dan serta kerja penyedian dan menuang konkrit. Teknik binaan in-situ memang pilihan yang biasa digunakan dan kebanyakkan kontrektor berpengalaman biasa dengan teknik ini. 'membrane waterproofing' ditaruh secara mengecat biasanya digunakan ditingkat berbumbung rata.

Gambar hiasan RBW berlantai konkrit insitu

Teknik prefab pula akan menjadi teknik pilihan disatu masa nanti apabila kos buruh menjadi tinggi dan rekabentuk menjadi lebih 'uniform'/kurang sama dan berkomponen. Dinegeri Siam kita perhatikan digambar yang lantai, mereka menggunakan lantai precast konkrit(dikilang ditapak bina) setebal 2 inci, sedangkan disini, kita menggunakan papan tebal(lebih kurang satu inci). Berkemungkinan yang papan tebal serta rasuk(sirip) dari kayu juga masih boleh didapati dengan mudah disini. Untuk mengelakkan papan menjadi lembab disebabkan oleh air konkrit atau air dari permukaan lantai, kepingan plastik yang biasa digunakan untuk lapisan foundasi.
Gambar hiasan lantai precast konkrit

Gambar hiasan penggunaan sirip papan sebagai rasuk kepada lantai kayu(lapisan plastik dan konkrit yang telah siap)

Teknik membuat konkrit setebal 2 inci ini perlulah bertetulang agar terdapat kurangnya pecahan halus dilantai konkrit dan perlulah di siapkan dengan mesin agar kepadatan konkritnya mencukupi. Gambar RBW kayu dibawah ini menunjukkan keadaan yang sesuai untuk cara sebegini, sama juga di RBW boleh alih yang dibincang sebelum ini. Teknik ini elok kalau dibuat menggunakan konkrit jenis kurang air dan berpanel. Tekan dan Jom Layan, RBW teknik boleh Alih

Lantai papan seperti ini boleh menggunakan lapisan konkrit 2inci 




Gambar hiasan lantai precast konkrit

Keperluan untuk lantai tidak bocor adalah amat mustahak kerana kebocoran dilantai boleh menggangu burung yang bersarang juga sirip yang berjamur. Adalah elok sekiranya setiap lantai konkrit di cat dengan lapisan 'waterproofing membrane' agar peresapan air kehahagian bawah lantai dapat dielakan. Begitu juga keperluan lantai itu mempunyai cerunnya dan juga 'outlet drain' yang berfungsi. Outlet drain tersebut boleh mempunyai ciri paip berbentuk 'U' agar ianya tidak berlubang dan senang untuk lipas dan sebagainya masuk ke RBW.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Jumaat, 27 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 9- Termimpi dunia (k)anak-(k)anak

disni-lan,
tempatnya
Paris,
pekannya
Jom Layan Videonya,
Antara dua,
8mb atau 76megabyte,
Dunia (k)anak-(k)anak
disni,
memainkan khayalan karektor filem-filemnya
tentunya anak-anak suka........



Tekan dan Jom Layan panjang 76mb
Tekan dan Jom Layan  pendek 8mb

Rabu, 25 Mei 2011

Sembang sembang walit 98- Pelbagai Teknik Sistem Panggilan Jauh

Sistem panggilan jauh masa kini biasanya dilakukan menggunakan produk yang sudah siap seperti dua produk dibawah ini: Gambar hiasan 1 dan 2. Produk ini agaknya menggunakan sekurang-kurang 4 tweeter berjalan serentak didalam kotak besar dibelakang.
Gambar hiasan 1


Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 3
Gambar hiasan 4

Gambar hiasan 3 & 4 adalah satu produk panggilan jarak jauh yang menggunakan satu tweeter sahaja. Kejernihan dan kekuatan diantara 3 produk panggilan jauh yang ditunjuk disini perlulah dipastikan sebelum membelinya. 

Diantara sistem panggilan jauh buatan sendiri terdapat di blog ini:




Terdapat satu lagi sistem panggilan jauh yang dihebahkan melalui surat khabar Utusan edisi Sarawak pada 22/05/11, yang gambar keratannya dikepilkan disini. Tulisan itu adalah dibuat oleh Zul Design Autotronik, JOM LAYAN...







Teknik yang serupa juga diwar-warkan oleh blog walit-twin, JOM LAYAN disini

Tekan dan Jom Layan-Blog DIY-Centre long range caller(lihat komen diantara kedua-dua sifu-sifu dipetak komentar)

I pakai jenis yang buat sendiri untuk masa ini......elok atau tidak? kurang pasti tetapi saya cuba juga.
Anda fikir-fikirkan.....pilihan yang terbuka.

Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita....

Selasa, 24 Mei 2011

Sembang sembang walit 97- It's war( on Tokek siri 2)

Artikel-artikel yang pernah saya tulis mengenai tokek, sehingga saya berjaya membunuh 2 ekor tokek tersebut.

Tekan dan Jom Layan - RBW bertokek
Tekan dan Jom Layan -Tokek musuhku
Tekan dan Jom Layan- War on Tokek
Tekan dan Jom Layan -teknik basmi tokek

Setelah diimbas kembali ingatan mengenai tokek, saya rasa kehadirannya adalah kerana aktiviti diRBW itu sendiri termasuk:
a) pemasangan lampu spotlight ala lampu papan tanda untuk menarik serangga.
b) pembuatan makanan untuk menghasilkan serangga
Hati-hatilah, sekali ianya sudah masuk........fikirkanlah akibatnya.

Usaha tetap diteruskan.....WAR on tokek (diRBW gue)
Gambar hiasan


Cengkerik adalah umpan yang senang didapati dan sesuai untuk tokek. Ia boleh dibeli lebih-kurang 20 ekor setiap RM1. Buatlah sicengkerik itu berbentuk seperti serangga laron/kelkatu dibawah ini( buang kaki belakangnya je) dan umpanlah menggunakan perangkap tikus.


Gambar hiasan

Gunakan benang atau pun yang lain untuk mengikat nya di jerat itu...


atau


Namun kadang-kadang tikus juga yang terperangkap. Rupanya tikus juga jadi pemangsa diRBW aku, terus aku umpankan ikan bilis, umpan amat sempurna untuk tikus. Jaga kau.

Agaknya....
Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita..

Isnin, 23 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 7- Suara Walit

Kita fikirkan apakah peranan dan apa kita boleh buat mengenai suara didalam kejayaan penternakan burung walit? tentunya mustahak, sama juga dengan kedudukan(tempat dan masa), dan persiapan RBW untuk menerima penghuninya, agaknya. Jom Kita Sembang....

Ramai juga yang sanggup berbelanja ratusan ribu untuk RBW tetapi agak '..kut' untuk terus membeli suara yang terbagus yang juga perlu ditukar apabila sudah kurang efektif lagi. Apakah pilihannya?

Agaknya, suara sample yang diberikan oleh penjual adalah bahagian yang terpanas didalam lagu tersebut untuk membuktikan yang lagunya bagus. Sekiranya sample tersebut diulang dan disambung menggunakan program edit lagu juga disambung dengan sample-sample dari penjual lain, maka siaplah satu lagu editan sendiri. Jikalau bernasib baik, lagu tersebut boleh lebih efektif memanggil burung dari yang anda beli, agaknya.

Lagi,
'Download swiftlet sound'-begitulah agaknya kalau menggunakan carian google atau yahoo

Tekan dan Jom Layan -Suara Walit

Tekan dan Jom Layan -Pak Haryanto

Agaknya lagu-lagu tersebut diatas boleh diedit secara live - melihat reaksi walit, diambil yang elok, jernih dan disimpan yang lain, untuk membentuk sebuah lagu. Walaupun cara  ini agak berkurangan kerana respon walit juga bergantung kepada banyak perkara lain seperti kualiti tweeter, kondisi RBW dan macam-macam lagi agaknya, apapun perlu berusahakan....

Boleh juga diusahakan merekod suara burung diRBW yang telah padat, agaknya. Nak cari dimana RBW sebegitu?

Untuk kualiti yang setanding dengan lagu yang kita ada,  bolehlah diusahakan pertukaran lagu. Seeloknya dibuat dengan tuan punya yang RBW nya berjauhan dengan RBW kita. Pertukaran eloknya dibuat secara semuka, dan suka sama suka. Pertukaran secara email biasa juga dibuat diforum-forum. Pertukaran lagu yang dibuat secara peribadi ini, rasanya tidak melanggar apa-apa etika kut. Mari kita nego....jeng jeng jeng

Ataupun beli sahaja yang sepertinya dari sini;

maaf, beli yang ori lg elok kot

Masalahnya walit sering jemu sesuatu lagu itu selepas beberapa bulan......tukar lagi...kena bernetworklah

Usahakanlah, moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Ahad, 22 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 6- Cantiknya Tasik Chenderoh

Dibawah ini gambar hiasan yang menunjukkan pandangan Empangan Chenderoh dari hilir. Begitu cantik sekali pandangannya. Bila stesyen ini menutup lepasan airnya, maka berpestalah mereka pada esok harinya kerana banyak ikan akan terperangkap dihilir empangan dilubuk-lubuk dan celah batu-batan . Udah tak ingat ikan apa, agaknya ikan tapah pun ada.


Gambar hiasan Empangan Chenderoh dari hilir

 Dibahagian hulu empangan ini adalah Tasik Chenderoh. Tasik Chenderoh ini adalah terjadi apabila empangan ini dibina pada tahun 1930, untuk menyalurkan elektrik kepada industri timah di Lembah Kinta. Tasik ini membantu penyelarasan kegunaan air distesyen hidro kepunyaan TNB ini. 


Agaknya, struktur sebegini dibina sekali dan bertahan sepanjang hayatnya memberi pendapatan lumayan kepada tuan punyanya. Begitulah juga harapan kita kepada RBW yang kita bina.

Tasik ini juga adalah menjadi tarikan kepada burung walit, agaknya. Berdekatan dengan RBW tempelan ini Tekan dan Jom Layan - RBW @ mana LALnya
sedang didalam pembinaan sebuah RBW yang agak besar diatas sebuah bukit yang hanya lebih kurang 100m dari Tasik Chenderoh. Agaknya tasik tersebut dapat dilihat dari atas bumbung RBW tersebut, (Wah!, begitu strategik kedudukannya.)



Gambar hiasan lokasi RBW berhampiran dengan Restoran Tasik Raban





Gambar RBW yang agak terlindung


Tentunya Tasik Chenderoh adalah 'cantik' juga kepada bakal penternak walit juga.

Sembang sembang walit 96 - Undangan untuk berkongsi teknik memilih konsultan

Undangan untuk layan 'sharing is caring' yang baik mengenai teknik-teknik memilih konsultan,


 oleh



Swiftlets_Zone (Wilayah Burung Walit)




Tekan dan Jom Layan

Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Sabtu, 21 Mei 2011

Sembang sembang walit 95 - Teknik dinding/terowong 'sun-shade'

Kadang-kadang situasi ditempat RBW memanggil untuk LBW menghadap kearah matahari terbenam yang juga arah burung pulang dipetang hari ataupun kearah sungai yang berdekatan. Keadaan sebegini akan menyebabkan cahaya matahari masuk secara langsung  ke dalam RBW, dimana ianya adalah 'kurang disarankan'. Tekan dan Jom Layan- komen dari blog Saif-swift

Teknik dinding/terowong  'sun-shade' ini menyerupai pembuatan terowong masuk ke LBW dimana dinding terowong masuk ini melindung cahaya dari masuk secara langsung ke RBW. Perlulah diperhatikan untuk pilihan a) dan b) yang LBW perlu diduduk ditengah-tengah dinding rumah monyet agar burung dapat terbang tanpa ganguan. Hanya dinding yang dapat melindung cahaya boleh memberi munafaat. Dibawah ini ditunjukkan 3 cara:

a) Rumah monyet berceruk(recessed monkey house)

Perlu dibina semasa pembinaan bangunan utama. Sejauh mana ceruk diperlukan boleh di kira/diuji dengan model papan lapis sebelum dipastikan dengan binaan tetap. Perlu juga yang saiz rumah monyetnya diimbangi kerana perubahan dinding yang menduduki LBW.

b) Rumah monyet berdinding lebih

Jenis dinding sunshade ini boleh dipasang mengikut keperluan menghalang cahaya memasuki secara langsung ke LBW. Ia perlu dibina agak kuat dimana, kebisingan dan kegoyangan boleh menakutkan burung keLBW.  Barang dinding yang sesuai digunakan agaknya adalah kepingan konkrit bod.



c) LBW berterowong

Kedalaman terowong LBW ini perlulah pada kadar sederhana, dan pada jangkaan saya tidak lebih dari 1.5 kaki kedalam. Oleh kerana ianya tidak dalam, bermacam bahan boleh digunakan bersesuaian dengan sesi ujian juga penggunaan tetap untuk konfigurasi pilihan. Dinding seperti ini boleh juga di lakukan juga untuk menghadang hujan dari memasuki RBW. 

Maaf, hanya khayalan sahaja..pernah terbaca di inet, tetapi tidak ada maklumat terperinci dimasa ini....
Harap dapat membantu....

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 5- Kedai makan jempol di Kuala Rompin

Kedudukan kedainya adalah lebihkurang 100m dari simpang berlampu isyarat kepekan Kuala Rompin(lama) dan ialah juga kedai pertama dari simpang tersebut. Nama kedainya tidak terperhati kiranya. Kedai tersebut mempunyai 'awning' disekeliling  kedai, agak rendah awningnya. Itulah yang saya perasan.

Satu lagi perkara yang saya perasan, kedai tersebut mempunyai ramai pelanggan berbangsa cina, yang bisa bertutur loghat tempatan. Tentulah ada rahsia, yang membuat mereka tertarik kekedai ini, ataupun ini memang cara mereka dipantai timur, bergaul mesra diantara kita rakyat Malaysia. Perkara sebegini juga saya perhatikan di pekan Endau(kedai makan juga)















Sekadar gambar hiasan, gambar rojak sajian dari kedai itu. Sedap..... Yang lagi istemewa ialah nasi gorengnya, yang juga ber bumbu ikan bilis rebus. the best- tak pernah terjumpa dipantai barat semenanjung.

Kan ku ulang, walaupun nun dari muazam. hehe.

Jumaat, 20 Mei 2011

Sembang sembang walit 93 - RBW teknik mudah dan murah

Didalam perjalanan saya ke Muazam dan kawasan-kawasan pantai berhampirannya, terdapat banyak RBW besar dan kecil dengan bermacam-macam pendekatan mengenai reka-bentuknya. Yang besar-besar dari yang kelihatan ceria seperti ini.
juga yang kelihatan usang seperti ini;

Agaknya yang lagi lama lagi banyak sarangnya....

Begitu pun, saya meminati RBW teknik mudah dan murah, seperti ini agaknya...

Juga pernah ku sembang Tekan dan Jom layan

Agaknya rekabentuk dalamannya adalah seperti ini;


Ia mempunyai rumah monyet yang sedang tingginya dan ber LBW jenis lubang tepi serta ciri lain seperti:
a)berlantai satu tingkat dengan LAL dibawah LBW. Ia memberi kesenangan untuk burung keluar masuk agaknya.
b) Bolehlah menggunakan kotak LAL (ala PAKSAIF) untuk memberi ilusi keselamatan di tingkat bawah bangunan rumah monyet.

Sekatan didalam adalah untuk memberi kegelapan yang beransur kegelap amat dihujung bangunan, agaknya.

Moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Rabu, 18 Mei 2011

Sembang sembang walit 92- Lukisan pelan bangunan RBW

Dulu pernahlah juga beria-ia membina sebuah RBW, kos sederhana yang reka bentuknya mengikut perkembangan semasa seperti yang dihebahkan oleh blog-blog popular diinternet.
Entah macam mana cadangan tersebut terbengkalai dek isu berkaitan kewangan serta perkembangan RBW yang ada, macam biasalah agaknya. Kita hanya merancang.....juga baik buruk reka bentuk dilakar ini, tuan tuan fikirkanlah...ya lah saya bukan pakar

Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
a) Dua cara burung masuk, terbuka ikut(open air) atas dan Pondok monyet(monkey house). Agaknya..
b) dua LBW ikut putaran jam atau sebaliknya. Salah satu bersebelahan dengan lubang masuk open air.
c) Lubang antar lantai LAL, diletak dibawah laluan burung, yang berlegar mengikut sekatan.
d) Kolam air dilaluan masuk ditingkat satu..
e) Bilik walet dihujung bangunan ditingkat atas mempunyai siling ketinggian 'extra safe' kesukaan burung walet.
f) Dimensi bangunan ini ialah 25' x 75', tetapi boleh dikecilkan lebarnya mengikut kesusuaian cantuman lubang-lubang monkey house dan Open air ini. Dimensi kelebaran minima yang saya suka ialah 17 kaki, agaknya.
g) Lapik bumbung diatas bangunan ini tidak ditunjuk.
h) Detail untuk ventilasi tidak ditunjuk langsung.
i) Kegelapan dari extreme beransur keterang untuk pilihan siwalet.



Yang pakar bolehlah membaiki dan memberi komen aturannya untuk menafaat bersama...agaknya
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Sembang walet swiftlets 91 - Cara memakai topeng


Gas Ammonia, bakteria dan jamuran adalah diantara organisma/benda yang tidak kelihatan tetapi berkemungkinan ada diruang udara RBW. Pada konsentrasi yang lebih tinggi, gas ammonia boleh bertindak pada permukaan yang lembap seperti saluran pernafasan dan berkemungkinan boleh menyebabkan alahan atau sakit tekak. Walaubagaimana pun kebiasaannya, paras konsentrasinya adalah rendah.
Sebagai tindakan langkah beringat, adalah baik bila memasuki RBW kita dengan memakai topeng pernafasan. Cara pemakaian topeng pernafasan adalah seperti berikut:





y











Gambar-gambar disedut dari phamplet terdapat diSDMC, maaf camera tidak elok.
- Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 17 Mei 2011

Sembang walet swiftlets 90-Teknik basmi tokek 'gotcha'

Telah ku cerita beberapa perkara mengenai tokek berleluasa di RBW, utamanya bila terkena batang hidung sendiri. Jom Layan


Ia adalah binatang yang kejam keatas anak-anak burung di RBW juga kepada tuan punya RBW yang menaruh penuh harapan pada kemajuan RBWnya. Ia perlu dibasmi untuk mengelakan gangguan kepada penghuni RBW  serta perkembangannya. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk membasminya.... kita fikirkanlah.

Salah satu cara yang saya dapati boleh berjaya ialah teknik basmi tokek 'gotcha'... pasal dah gotcha...hehe. Saya rasa perkara yang utama ialah perlunya lampu dibilik 'nesting' disalut dengan plastik berwarna(salut hamper) untuk memberi sedikit kegelapan yang memberi 'ilusi gelap' agar tokek tersebut tidak terganggu dari tempat persembunyiannya yang kita perangkap, apabila kita periksa tempat persembunyiannya. Teknik ini juga menggunakan kepingan siling 4' x 1' lebih kurang yang diletakkan seperti digambar dibawah ini untuk menariknya bersembunyi ditempat yang kita hendak.

Gambar hiasan

Bolehlah kepingan ini diletakkan di beberapa tempat di tepi dinding. Perlulah juga batang pemukul diletakkan dibeberapa tempat untuk kesenangan mendapatkannya. Saya gunakan paip plastik lebihan kerja pendawaian kerana ia ringan.

Untuk memujarabkan anda perlulah masuk keRBW secara senyap-senyap, hidupkan lampu, dan periksa perangkap tadi. Sekiranya anda terjumpa, bolehlah anda libasnya man to man. Jaga-jaga gigitannya yang hanya boleh terlepas sekiranya ianya direndam, agaknya.

GOTCHA

Ahad, 15 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 4-Tetap Tokey Getah

Gambar hiasan-semaian anak getah


Saorang Cina tua,
tokey yang ambil kontrak bersih kebun dan tanam getah kebun kita
rilek je
buat bisness yang dia tau
beli kebun, tanam semula
pokok matang, cari orang siam upah toreh
getah naik harga hari itu, poket gila duit getahnya
tanahnya tetap naik harga
ambil kontrak buka tanah baru ,
sambil sewa tempat tanam anak getah
ribu-ribu pokok, modal biji dan sekali baja
lepas kawinkan, boleh jual lah dia
umur 80 tahun masih kuat kerja
tetap tokey getah
walau ramai nak jadi tokey burung
................