My Daughter's Blog

Rabu, 17 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 53- Teknik2 Pemasangan RBW diGrik

Wak ambil gambar dibawah ini, ketika membuat rayuan pemulihan tanaman semula getah diGrik. Tanah wak yang ni, sudah lama cuba diusaha, untuk tanaman semula getah. Memang satu tanah punya masalah. Akhirnya, selepas 10 tahun terbengkalai, dapat lah kelulusan untuk pemulihan tanaman semula. Syukur, moga walit juga datang berduyun-duyun ke RBW aku. gambarnya tak leh float lg...:)

Semasa balik dari buat rayuan kepada jabatan itu, ternampak pula pemasangan tweeter cara Grik, anda perhatikan, simple je, dia sarong saja pipe pvc ke tweeter horn nya. Patternnya pula empat serangkai. Gurantee berkesan kerana tweeter horn mengeluarkan suara seperti asalnya, hanya arahnya sahaja ditujukan. I pun nak cuba, di LMB, untuk tarik pernah cuba macam ini..... 
Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2

Gambar hiasan kedua ini menunjukkan yang penggunaan rumah monyet kepada open roof adalah pada kadar 10:1, agaknya dikawasan ini. Burung kurang skill kut, kurang daring pun ye, suka hover pun ye. Kalau nak buat RBW, buatlah rumah monyet, pasti tak menyesal. Kalau ada spare aras, bolehlah diprojekkan open roof, i nak buat gitulah, agaknya...tengok monkey house grik style.....this style no barrak style punya, that one west coast of Selangor banyak kut.
Masih ku berdoa agar segala usaha ku menjadi.....

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 52-Pengenalan Macaron



Tekan dan Jom Layan Blog Anak Cucu Wak

Sabtu, 13 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 51-RBWnya dah tak perlu bunyian

Gambar sebuah RBW di Seri Manjung yang tidak lagi perlu membunyikan suara panggil diLMBnya. Peliknya agak tak berapa nampak walet berlegar2
Apakah maknanya......
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Padahal LMB diRBW sebelahnya memainkan lagu dengan nyaringnya....
Gambar hiasan

Kepunyaan bumi yang diatas tadi, memandangkan kedai diground floor dikendalikan oleh saorang bumi, tak kan la pulak dia menyewa.
Tak done sembang lg dengan tokeynya......mau tanya rahsianya. :)

Khamis, 11 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 50- Teknik Menghalau Gagak

Burung gagak adalah jenis burung yang opportunis, agaknya. apa saja dia sebat punya, mungkin dari bangkai kepada yang masih hidup(tetapi defenceless). Di Seri Manjung, memang terdapat gagak, seperti tempat lain juga. Ia suka bertenggek di dinding yang berkedudukan strategik dan tinggi. Reka bentuk rumah kedai teres ini mempunyai dinding tepi yang tinggi yang disukai oleh digagak. Sepertinya...






Gambar hiasan 


Gambar hiasan

RBW ditengah bangunan teres ini memerlukan sebuah pemasangan yang boleh menghindar burung gagak. Nampaknya penggunaan kepingan zinc yang dipotong bergigi besar, tirus dan tajam dapat menghalang gagak dari menjadi threat kepada walet yang lalu lalang disitu. Memang tidak ada burung gagak yang hinggap di atas gigi itu semasa saya perhatikannya, mungkin ianya boleh membuat kaki gagak itu luka atau sukar untuk bertenggek atau yang lain....
Sangking lama memerhatikan pemasangan itu, saya ditegur oleh pekedai disitu, katanya dikawasan nya kurang terdapat burung, RBW yang gambarnya ternampak sedikit disebelah kiri gambar diatas, hanya ada puluhan sarang selepas satu dekad bertani.... aduh. "lu bumi, lu buat dekat terengganu sana cari kawasan tiada RBW, dan tanah murah disana....."katanya. Walaupun begitu, "ada dua tiga buah kedai yang menuai 5kg setiap 3 minggu disini....", kata beliau.

Rabu, 3 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 49- Cadangan RBW di kampong

Gambar hiasan

Beginilah keadaan bangsal dibelakang rumah emak di kampung kat BP 
saiz bangsal tersebut lebih-kurang 15 kaki x 25 kaki
alangkah bahagianya sekiranya
dapat ide
open roof LMB
amin

Selasa, 2 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 48- Dengar Suara 'Remastered'

JOM LAYAN- saya suka suara Remastered

Dengar dan bezakan dengan yang ori......entahlah, saya pun kurang pasti yang  mana buwong suka. Tekniknya tidak ditunjuk pulak.

Isnin, 1 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 47-Teknik Memanggil Burung Dilangit

Teknik memanggil burung dari langit memang saya cari-cari dan saya telah menjumpainya. Anda boleh mencuba seperti berikut:
a) penggunaan elbow paip PVC (saiz lebihkurang-2 inci) yang di"heat-formed" dan digam(gajah) pada horn yang telah dipotong tapaknya. Pada bahagian yang paling rendah bolehlah dibuat lubang lebihkurang suku inci diameter supaya air tidak bertakung didalam elbow tersebut. Aturannya adalah seperti berikut....

Gambar hiasan

Hujung yang lagi satu pula bolehlah disambung ke tweeter jenis horn seperti ini tetapi mungkin perlu penyambungan menggunakan satu lagi elbow supaya tweeter ini mengadap kebawah. Agaknya....

Gambar hiasan

Sumber inspirasi dari....
Jom Layan Tweeter Modification

b) Inspirasi ini datangnya dari tempelan ini..
Jom Layan Pelbagai teknik Suara

Idea dari pakar En. Zull, sketchnya kita pusingkan mengarah keatas, seperti ini....

Gambar hiasan

Teknik ini memerlukan sebuah parabola, ide Pak Wan Damak ... kuali tua, diletakkan dibawah mengadap keatas. Perlulah ditebuk lubang air dibawahnya, supaya air tidak bertakung. Pancarkan suara menggunakan sebuah tweeter yang 'power' (tweeter mengadap kebawah) dan diharap  pantulan suara itu terpancar nun jauh kearah atas.

Moga  burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita...