My Daughter's Blog

Rabu, 23 Februari 2011

DIY IDEA 4- Penggunaan styrofoam sebagai bahan DIY




Bentuk styrofoam sesuai untuk RBW

Styrofoam seperti gambar diatas adalah salah satu bahan yang sesuai untuk penebat haba diRBW. Ia boleh digunakan didinding dan bumbung. Bahan lain yang boleh digunakan ialah 'rockwool' cuma ia boleh menjadi tempat tikus bersarang, agaknya. Styrofoam adalah bahan boleh dipotong, dipatahkan atau ditekankan. Ia datang dengan ketebalan .5 inci, 1 inci dan 2 inci. Saiz yang biasa dijual adalah 2 kaki x 4 kaki atau 4 kaki x 8 kaki. Ia mempunyai kekuatan yang sederhana yang perlu disesuaikan untuk kegunaannya.

Alat pemotong styrofoam(lebih senang pakai pisau)


Styrofoam cutter -Boleh didapati di kedai buku

Lebihan styrofoam daripada penggunaan untuk penebat mempunyai banyak kegunaan diRBW. Ianya boleh menjadi dinding sekat, lapisan sesendal juga sebagai pemegang kipas dan lain-lainnya. Ia juga boleh dibuat penebat suara cuma sambungan nya perlu pengolahan.
Dibawah ini gambar hiasan yang juga menunjukkan penggunaan styrofoam diperalatan humidifier:

Kegunaan untuk pemegang kipas DIY (mudah menjadi perantara diantara kipas dan pipe)


Sedia diapplikasi untuk pelbagai kegunaan yang memerlukan kipas


Juga sebagai 'packing' kepada batang paip

1 ulasan:

  1. Salam Pak Sembang, terima kasih blog ini bagus. saya baru terbaca semalam. ada tip2 untuk suruh walet singgah ke rh kita. saya dah buat sendiri rh (kos rendah)dengan hanya membaca blog2, 2 bulan dah on suara tapi takde burung yang sudi nak masuk mungkin ilmu tu tak ada. nak panggil konsultan perlu ribu2.memanglah kita tau kalau dah masuk tu boleh cover balik, tapi nak mendahului tu lah yang takde.. thanks

    BalasPadam