My Daughter's Blog

Khamis, 17 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 26-RBW berasaskan teknik binaan kapal layar kayu, agaknya.

Ada sebuah pulau dinegeri Trengganu dimana membuat bot secara tradisi melayu masih lagi dipraktikkan. Semua bahagian bot dibuat dari kayu dan menggunakan tukang-tukang berbangsa melayu juga. Sebagai gambaran, sebuah bot seperti gambar ini akan berharga sekurang-kurangnya RM 300k dan akan mengambil masa 1-2 tahun untuk siap. Agaknya.  Memang cantik buatannya.



Ketika membuat lawatan kekilang bot itu, mungkin dua atau tiga tahun lepas, saya terpandang akan sebuah binaan kayu yang pada masa itu saya kurang memahami kegunaannya berdekatan dengan kilang tersebut. Binaan itu adalah sebuah RBW kayu bersaiz lebihkurang 50kaki panjang dan mempunyai kelebaran 20 kaki. Dari jauh saya mengambil gambar, dan oleh kerana kurang memahami keperluan maka tiada gambar khusus mengenai LAL atau LBW atau ciri-ciri yang lain. Gambar-gambar tersebut diambil untuk minat didalam sistem sambungan dan pertukangan kayu sahaja.
Buatan yang pada saya agak 'komplicated' seperti apa yang di-oder oleh tukang yang mahir. Tentulah cara pertukangan bangunan ini diharapkan mempunyai ciri-ciri pertukangan bot yang bersebelahan dengan bangunan ini. Beginilah caranya kalau hendak membuat RBW(maksudnya didalam hal pertukangan kayu), agaknya. Bayangkan ianya adalah bangunan kayu empat tingkat yang duduk ditepi laut. Tekanan angin adalah amat kuat berarah dari pelbagai arah mengikut musim dan RBW ini perlu kukuh menghalang tolakkan tersebut.


Struktur kayu yang diguna adalah kayu yang telah terpakai. Dinding rumah RBW ini dijangka kepingan metal deck untuk lapisan luar kerana keperluan ketahanan percekan air laut dan dalaman bolehlah dari papan lapis atau bod siling. Anda perhatikan ditingkat 2 keatas kotak2 lubang ventilasi yang akan dibuat dengan papan yang dibuat lubang pada paras yang berlainan, agaknya. Lubang ventilasi pada aras bawah yang mempunyai dinding bata adalah seperti biasa.


Digambar dibawah ini pula ditunjukkan lantai yang dibuat dari papan lantai diletak rapat. Kalau diteliti papan sirip akan menggunakan burti kayu dibawah papan lantai agaknya. LAL diperhatikan lebih kurang 8 kaki dengan 6 kaki.




Gambar menunjukkan yang RBW ini adalah 4 tingkat dengan ketinggian kurang dari 8 kaki, nampaknya.
.

Harga RBW sebegini besarnya boleh meningkat kepada harga kapal layar tadi, mengambil kira menggunakan kayu sudah guna. Masa pembinaan juga boleh mengambil masa yang sama dengan masa pembinaan  kapal diatas melainkan tempat RBW anda bersebelahan dengan bengkel membuat kapal tadi. Faktor adanya tukang kayu yang mahir mungkin salah satu sebab RBW ini menggunakan kayu. Sekian adanya. Bolehlah kita kaji cara binaan RBW menggunakan sumber kayu dari rumah usang yang boleh dibeli kayunya, cuma tukangnya mungkin adalah jarang boleh dijumpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan