My Daughter's Blog

Isnin, 7 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 36- Penternak Walet Bumi Pertama diGerik

"Tinggi Setiap tingkat 7 kaki, utk 3 tingkat dan 1 rumah monyet ... total...28 kaki tinggi.
bukak 10 kaki panjang 50 kaki.... utk rumah monyet 10 x 10 kaki jer...

papan sarang setiap tingkat dijarakkan 1 kaki setiap papan...

3 lubang angin setiap 10 kaki dinding, setiap tingkat keliling ada 30 lubang angin."
Disedut dari BJ, maklumat yang diberi, yang saya jangka, oleh tuan punya bangunan ini. 
Harga bangunan pada masa itu ialah lebih kurang RM 40,000, agaknya.
Bangunan ini adalah bangunan RBW pertama yang dibina oleh saorang usahawan bumiputra dikawasan Pekan Gerik. RBW ini telah beroperasi lebih-kurang satu tahun. Lokasi RBW ini  dikelilingi oleh kawasan perkampungan, Felda dan juga hutan dan juga tiada RBW beroperasi berdekatannya. Bilangan sarang selepas beroperasi setahun tidaklah di ketahui. 

Gambar Hiasan


Gambar Hiasan (Disedut dari BJ)

Agaknya.

Sabtu, 5 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 35- Rahsia Cara Ventilasi Bangunan Ini

Cara ventilasi semula jadi memerlukan reka bentuk pada bentuk bangunan yang mengambil kira biasanya laluan angin ditempat RBW dibina, juga ciri-ciri didalam RBW itu sendiri seperti penggunaan LAL sebagai laluan angin. Semasa operasi, perlu juga pantauan mengikut musim biasanya memandangkan arah angin akan berbeza dan juga tindakan untuk mengaktifkan laluan angin seperti yang direka-bentuk.

Gambar Hiasan


Agaknya, bangunan seperti gambar hiasan ini , yang mempunyai dua monkey house serta kecuraman bumbung yang bertentangan, dapat melakukan serba sedikit ventilasi secara semula jadi. Bayangkan angin datang dari A mengarah ke C, dibahagian 'monkey house' B akan mendapat tekanan tinggi di lubang angin seperti yang dilukis, dan angin akan masuk melalui monkey house B, sedangkan dibahagian lubang angin di monkey house D akan mendapat tekanan rendah dimana angin akan keluar melalui monkey house D. Laluan angin didalam bangunan ini mungkin memerlukan pendekatan lain tetapi mungkin boleh dengan adanya dua LAL yang bersiri di bawah tiap-tiap monkey house.
Begitu juga, sekiranya angin dimusim lain yang biasanya mengarah bertentangan dengan yang diatas. Laluan angin pula akan menyerupai yang diatas tetapi kali ini angin yang masuk akan melalui monkey house D dan keluar melalui monkey house B.
Lubang-lubang ventilasi jenis paip juga perlu ada serata tempat dan disetiap tingkat untuk meratakan laluan angin tersebut.
Agaknya.

Jumaat, 4 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 34- Cara ventilasi tangani isu kelembapan

Suhu dan kelembapan dikatakan sebagai faktor utama koloni burung walet boleh berkembang dengan cepat atau tidak. Seperti juga suhu yang mempunyai kadar tersendiri, kadar optimum untuk kelembapan adalah diantara 80% hingga 90%. Sekiranya terlalu lembap maka timbul pula masalah jamur atau kulat disebahagian dari sirip-sirip RBW. Jadinya sama ada paras kelembapan itu tinggi atau rendah maka ianya akan menjejaskan perkembangan koloni burung tersebut.
Salah satu cara untuk mengawal paras kelembapan ialah dengan menggunakan udara luar untuk yang kadar kelembapannya boleh diketahui(rekod dengan datalogger) untuk menaikkan atau menurunkan kelembapan didalam RBW mengikut perbezaan kelembapan diantara luar dan dalam RBW. Walaubagaimana pun ianya mempunyai had untuk berjaya sepenuhnya. Perlulah juga ada humidifier yang boleh menaikkan kadar kelembapan pada bila-bila masa ianya dioperasikan.
Didalam mereka bentuk sebuah RBW, terdapat banyak pendekatan yang boleh diambil untuk menangani masalah ventilasi ini. Seeloknya, tentulah ventilasi bangunan RBW ini dibuat secara alam semula jadi. Sekiranya ia boleh berjaya maka tiadalah kos-kos tambahan perkakas elektrik serta alat pengawal kelembapan yang perlu dibayar. Biasanya, aturan keluar dan masuk angin luar boleh dikawal dengan membuka atau menutup lubang-lubang ventilasi yang telah dipasang didinding RBW.


GAMBAR HIASAN-lUBANG VENTILASI BESAR DAN KECIL
(SELAIN DARI PAIP-PAIP YG BIASA KITA TENGOK)

Perlulah juga dilihat arah angin serta bahagian dinding mana, melalui lubang mana dan masa bila angin itu perlu memasuki RBW kita. Ada yang mengawal setiap aras dengan berlainan pelarasan, dan sebagai tambahan ada juga yang mengawal ventilasi seluruh bangunan dengan lubang ventilasi bersaiz besar ditingkat atas bangunan. Tidak lupa juga yang menggunakan perkakas elektrik untuk mengawal itu semua. Kalau sarang sudah berkilo-kilo, apalah sekadar RM 500 ringgit sebulan untuk bayaran elektrik.

Agaknya.

Khamis, 3 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 33-RBW bertokek

Dibawah iniadalah istilah dari kamus.net untuk tokek

"gecko
- any of various small chiefly tropical and usually nocturnal insectivorous terrestrial lizards typically with immovable eyelids; completely harmless
???(I)


Images


                            
"
Memang sebiji seperti inilah yang berkeliaran di RBW saya. Panjangnya lebih kurang 6 inci. Status: sedang diburu. Betulkah ianya completely harmless-mungkin tidak. Tentunya ianya adalah ancaman kepada...? fikir-fikirkan lah.
Pernah terbaca diblog kawan yang datangnya ia kerana memburu serangga .diRBW kita. Mungkin ada cahaya terang disinar diwaktu malam yang menarik serangga yang juga makanan burung walet tetapi juga menjemput sitokek datang juga. Mungkin juga ada persiapan makanan untuk lalat buah, yang membuat sitokek senang mencari makan didulang-dulang makanan lalat buah. Inilah risikonya-kata orang datangnya burung tak seberapa, tokek yang mali. Aduh.