My Daughter's Blog

Khamis, 10 Mac 2011

Jalan-jalan cari makan 5- Istimewa Dari Pasar Besar Siti Khadijah

Sekiranya anda keKota Baru, jangan lupa ke Pasar Besar Siti Khadijah.  Ia adalah sebuah pasar basah seperti yang lain, istimewanya ialah bahagian menjual kueh-mueh yang menjual berbagai jenis kueh kelate dan juga bahagian menjual makanan dan minuman.

Bolehlah kita survey hidangan yang baru dimasak dan yang nampak isinya 'fresh'. Bedal je. sedap, macam masak lemak kepala ikan yang gambonya dibawah ini.

Lepas makan, bolehlah pula naik ketingkat teratas,  belek-beleklah kain batik untuk yang tersayang. Bila siap aktibiti didalam bangunan, keluarlah dan perhatilah RBW2 yang kelihatan bersepadu dengan bangunan bersebelahan, bertenggek diatas bangunan asal. Yang sudah berjaya agaknya, parapetnya akan siap dengan kawat berduri, seperti mahu menghindarkan Pak Burhan(orang) dan pak burhan(burung hantu). 

Gambar hiasan- RBW2 yang bertenggek diatas bangunan 
seperti mana gasing yang menjadi permainan tradisional negeri ini.


Gambar disedut dari fascinatingmalaysia.com

Fikir-fikirkanlah, "Loaded depa nih"- ya lah, mempunyai RBW ditempat yang ada diantara terbanyak burung walet diMalaysia. "mudah-mudahan, amin"

Rabu, 9 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 38- Gambar-gambar penggunaan Inverted T-beam

Lihatlah, penggunaan Inverted T-beam untuk RBW pertama diMalaysia
Dakwaannya, dapat memperbaiki ruang laluan burung
Pengehadan dakwaan, tidak diketahui lagi
Pengehadan Penggunaan untuk RBW- Bayaran saguhati atas penggunaannya kepada pengasas
 Akibat tiada pembayaran-Hasil RBW nya tidak dihalalkan dunia dan akhirat, amin.
Tidak kira siapa. 


Gambar menunjukkan ruang laluan burung yang tidak terbatas oleh rasuk.

tarikh 9/3/11 oleh sembangwalet.blogspot.com

Jalan-jalan cari makan 4- Strawberri coklat

rasanya sedap dan juga romantik
hidangan istimewa si khalid kepada si siti
terdapat dimana-mana kedai makan yang eksotik
camne pun strawberi coklat Cameron Highland tetap dihati


Gambar hiasan

Sembang walet swiftlets 37-Anggaran kos binaan RBW masa ini

Gambar hiasan

Bangunan yang digambarkan dengan lukisan perspektif dibawah ini adalah bersaiz 10 kaki lebar dengan 40 kaki panjang. Ia mempunyai ketinggian diantara lantai setinggi 7 kaki pada setiap tingkat. Pernah dikabarkan yang kos binaan ini ialah RM 40,000.00 iaitu pada kadar RM 33 sekaki persegi.
Bangunan ini berstruktur konkrit tetulang dan berdindingkan bata blok ringan. Lantainya diceritakan(bukan khayalan) yang diperbuat dari kayu dan plywood. Pekerja binaan yang digunakan adalah pekerja sendiri yang telah menyiapkan binaan bangunan lain diladang tersebut. Reka bentuk RBW ini mengambilkira pemasukkan dari pekerja dari negara seberang yang telah pernah membina rumah burung disana.


Kadar harga RM 33 sekaki persegi untuk membina RBW pada masa itu adalah kompetitif dan murah. Tentunya ada pendekatan untuk merendahkan kos binaan, yang telah diambil selain menerima pakai ketinggian 7 kaki diantara lantai, bata blok ringan, penggunaan perancah kayu dari pokok-pokok dihutan(plaster sahaja), penggunaan lantai sementara (kayu) dan kemungkinan masa pembinaan yang pendek serta penyeliaan sendiri.
Gambar hiasan
Gambar2 disedut dari BJ

Harga yang paling kompetitif untuk bandingan pada masa itu, yang penulis terdengar dari saorang kawan berbangsa cina yang membina empat atau lima buah RBW sekali gus adalah pada kadar RM 46+ sekaki persegi. Harga ini ialah harga dari kontrektor binaan yang menunjukkan kos binaan pada masa itu sekadar RM 40-45 sekaki persegi untuk RBW yang berketinggian antara lantai dan berciri biasa sahaja.

Kadar harga binaan RBW masa kini bolehlah dianggar dari harga-harga tersebut selepas dipindah keharga sekarang dan mengambil kira faktor lain seperti faktor kenaikkan harga minyak, harga barang binaan dan buruh tempatan juga kadar keuntungan untuk binaan RBW yang sesuai. Agaknya. Masalahnya, adake kontrektor yang sanggup membina RBW pada kadar sebegini?.