Ceritanya lebih kurang begini: Ianya berlaku diKuantan, agaknya.
Sebuah RBW bersaiz lebih kurang 20kaki x 100 kaki sedang didalam pembinaan. Nampaknya, pekerja2 baru sahaja siap meletakkan konkrit pada aras 3(2nd floor). Kelihatan bangunan tersebut bergoyang. Kedengaran pula perbualan lebih kurang begini:
"konkrit 20, kurang(maksudnya 20N/mm2 kuatnya konkrit, agaknya)
besi, taruh tengah, juga kurang"(maksudnya besi di rasuk, agaknya)
Sebahagian dari bangunan (lebihkurang 20 kaki x 60 kaki) kemudiannya telah runtuh.
Kerusakkan bangunan seperti dimulakan oleh kegagalan rasuk pada tingkat bawah disebabkan mungkin oleh konkritnya yang belum cukup umur, kekurangan besi reinforcement atau pun kekurangan tongkat sementara atau pun kombinasi semuanya. Apa pun tuan punya bernasib baik kerana tiada kematian agaknya. Tentunya, pihak pentadbir undang-undang OSHA akan membuat penyiasatan serta memberi 'stop-work-order' jika ianya berlaku.
Analisa diatas hanyalah untuk memulakan pemikiran pembaca untuk mengetahui padahnya sekiranya mengambil jalan mudah dalam alam pembinaan juga atas kegagalan menggunakan orang yang bertauliah/pengalaman didalam pembinaan ini. Agaknya.
Anggaran kerugian adalah didalam RM 150,000.00.
Anggaran kerugian adalah didalam RM 150,000.00.
Lihatlah video ini dari blog walet juga.."Consequence of cutting corners". bolehlah confirm sendiri dongengnya...
Jauhkan lah dari musibah seperti ini...(bukan sahaja dengan doa ini tetapi perlukan tindakan seperti penggunaan konsultan atau kontraktor yang berpengalaman serta pengetahuan anda yang tinggi.....Agaknya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan