Dulu pernahlah juga beria-ia membina sebuah RBW, kos sederhana yang reka bentuknya mengikut perkembangan semasa seperti yang dihebahkan oleh blog-blog popular diinternet.
Entah macam mana cadangan tersebut terbengkalai dek isu berkaitan kewangan serta perkembangan RBW yang ada, macam biasalah agaknya. Kita hanya merancang.....juga baik buruk reka bentuk dilakar ini, tuan tuan fikirkanlah...ya lah saya bukan pakar
Ciri-cirinya adalah seperti berikut:
a) Dua cara burung masuk, terbuka ikut(open air) atas dan Pondok monyet(monkey house). Agaknya..
b) dua LBW ikut putaran jam atau sebaliknya. Salah satu bersebelahan dengan lubang masuk open air.
c) Lubang antar lantai LAL, diletak dibawah laluan burung, yang berlegar mengikut sekatan.
d) Kolam air dilaluan masuk ditingkat satu..
e) Bilik walet dihujung bangunan ditingkat atas mempunyai siling ketinggian 'extra safe' kesukaan burung walet.
f) Dimensi bangunan ini ialah 25' x 75', tetapi boleh dikecilkan lebarnya mengikut kesusuaian cantuman lubang-lubang monkey house dan Open air ini. Dimensi kelebaran minima yang saya suka ialah 17 kaki, agaknya.
g) Lapik bumbung diatas bangunan ini tidak ditunjuk.
h) Detail untuk ventilasi tidak ditunjuk langsung.
i) Kegelapan dari extreme beransur keterang untuk pilihan siwalet.
Yang pakar bolehlah membaiki dan memberi komen aturannya untuk menafaat bersama...agaknya
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan