Sabtu, 5 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 35- Rahsia Cara Ventilasi Bangunan Ini

Cara ventilasi semula jadi memerlukan reka bentuk pada bentuk bangunan yang mengambil kira biasanya laluan angin ditempat RBW dibina, juga ciri-ciri didalam RBW itu sendiri seperti penggunaan LAL sebagai laluan angin. Semasa operasi, perlu juga pantauan mengikut musim biasanya memandangkan arah angin akan berbeza dan juga tindakan untuk mengaktifkan laluan angin seperti yang direka-bentuk.

Gambar Hiasan


Agaknya, bangunan seperti gambar hiasan ini , yang mempunyai dua monkey house serta kecuraman bumbung yang bertentangan, dapat melakukan serba sedikit ventilasi secara semula jadi. Bayangkan angin datang dari A mengarah ke C, dibahagian 'monkey house' B akan mendapat tekanan tinggi di lubang angin seperti yang dilukis, dan angin akan masuk melalui monkey house B, sedangkan dibahagian lubang angin di monkey house D akan mendapat tekanan rendah dimana angin akan keluar melalui monkey house D. Laluan angin didalam bangunan ini mungkin memerlukan pendekatan lain tetapi mungkin boleh dengan adanya dua LAL yang bersiri di bawah tiap-tiap monkey house.
Begitu juga, sekiranya angin dimusim lain yang biasanya mengarah bertentangan dengan yang diatas. Laluan angin pula akan menyerupai yang diatas tetapi kali ini angin yang masuk akan melalui monkey house D dan keluar melalui monkey house B.
Lubang-lubang ventilasi jenis paip juga perlu ada serata tempat dan disetiap tingkat untuk meratakan laluan angin tersebut.
Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan