Jumaat, 4 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 34- Cara ventilasi tangani isu kelembapan

Suhu dan kelembapan dikatakan sebagai faktor utama koloni burung walet boleh berkembang dengan cepat atau tidak. Seperti juga suhu yang mempunyai kadar tersendiri, kadar optimum untuk kelembapan adalah diantara 80% hingga 90%. Sekiranya terlalu lembap maka timbul pula masalah jamur atau kulat disebahagian dari sirip-sirip RBW. Jadinya sama ada paras kelembapan itu tinggi atau rendah maka ianya akan menjejaskan perkembangan koloni burung tersebut.
Salah satu cara untuk mengawal paras kelembapan ialah dengan menggunakan udara luar untuk yang kadar kelembapannya boleh diketahui(rekod dengan datalogger) untuk menaikkan atau menurunkan kelembapan didalam RBW mengikut perbezaan kelembapan diantara luar dan dalam RBW. Walaubagaimana pun ianya mempunyai had untuk berjaya sepenuhnya. Perlulah juga ada humidifier yang boleh menaikkan kadar kelembapan pada bila-bila masa ianya dioperasikan.
Didalam mereka bentuk sebuah RBW, terdapat banyak pendekatan yang boleh diambil untuk menangani masalah ventilasi ini. Seeloknya, tentulah ventilasi bangunan RBW ini dibuat secara alam semula jadi. Sekiranya ia boleh berjaya maka tiadalah kos-kos tambahan perkakas elektrik serta alat pengawal kelembapan yang perlu dibayar. Biasanya, aturan keluar dan masuk angin luar boleh dikawal dengan membuka atau menutup lubang-lubang ventilasi yang telah dipasang didinding RBW.


GAMBAR HIASAN-lUBANG VENTILASI BESAR DAN KECIL
(SELAIN DARI PAIP-PAIP YG BIASA KITA TENGOK)

Perlulah juga dilihat arah angin serta bahagian dinding mana, melalui lubang mana dan masa bila angin itu perlu memasuki RBW kita. Ada yang mengawal setiap aras dengan berlainan pelarasan, dan sebagai tambahan ada juga yang mengawal ventilasi seluruh bangunan dengan lubang ventilasi bersaiz besar ditingkat atas bangunan. Tidak lupa juga yang menggunakan perkakas elektrik untuk mengawal itu semua. Kalau sarang sudah berkilo-kilo, apalah sekadar RM 500 ringgit sebulan untuk bayaran elektrik.

Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan