Sabtu, 5 Februari 2011

Sembang walet swiftlet 9- Penjajaran RBW dengan pancaran cahaya

Semasa perancangan sebuah RBW 'standalone', penjajaran
RBW/LBW perlu dilakukan mengikut salah satu atau sebahagian faktor-faktor berikut:
a)arah burung pulang
b)arus cahaya petang
c)sempadan tanah
d)struktur pelindung atau pokok pelindung LBW
e)jiran berdekatan
Arah LBW biasanya menjadi kriteria penjajaran RBW ber LBW jenis sisi. RBW jenis ini mempunyai samaada lubang disisi pendek atau didua sisi panjang, seperti di rajah A.

Lubang LBW biasanya diarahkan ke arus burung pulang atau rumah burung jiran yang berproduksi . LBW B biasanya menjadi pilihan diarahkan kepada arus burung sekiranya tiada kriteria lain yang patut dinilai. Sekiranya RBW ini terdedah kepada sinar matahari, maka perlu dirancang sisi yang pendek yang membelakangkan LBW untuk disinarkan pada waktu petang. Adalah dicadangkan yang tuan punya membuat kajian arah matahari pada tengah hari hingga perang untuk jangkamasa sepanjang munkin. Meujuk RAJAH B, Ia menunjukkan yang LBW B diarahkan ke arus pulang burung serta belakangnya diarahkan ke sinar matahari.


Walau bagaimana pun, faktor sinar cahaya petang tidak perlu dipertimbangkan sekiranya sistem penebat haba diRBW tersebut dijangka begitu mujarab. Arus pulang burung pula harus menjadi kriteria utama penjajaran RBW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan