Ahad, 6 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 10- Ade brani? bina RBW sendiri tanpa pakar

Pagi ini ada saorang kawan hantar SMS bertanya 'which is better 20x70ft  or 24x60ft for a 3 storey bh?
I replied, if there is no middle column, 20x70ft would be better ...... Jeng, jeng, jeng. betulke? Perbincangan mengenai pro dan kontra pelbagai saiz masih lagi dilakukan biasanya dikedai kopi. 
Pemilik ini merancang membina RBW dengan maklumat didapati melalui perbincangan dengan beberapa rakan yang mempunyai RBW dan  mengadopsi ciri2 biasa digunakan oleh pemilik RBW tempatan. Dia telah mengikuti kursus dengan seorang blogger tempatan yang terkenal dan telah mengamati  sekitar daerahnya untuk maklumat tentang ciri-ciri umum digunakan oleh pemilik RBW disitu. Saya rasa individu tersebut biasa mencari maklumat di internet. Beliau juga akan mengambil kontraktor perumahan tempatan yang berpengalaman.
Saya rasa beginilah caranya sekarang, individu2 telah membuat kajian mendalam mengenai RBW melalui internet, bertanya dengan kawan2 yang miliki RBW, bertanya dengan kontraktor dan pemerhati industri ini, serta mereka-bentuk bangunan RBW mereka dan juga menceburi bidang binaan untuk membina RBW sendiri.
Ade brani? Risikonya munkin pertengahan tinggi. Munkin pembinaan RBWnya menghadapi masalah kelewatan siapnya. Selepas siap, munkin individu tersebut memerlukan 3-6 bulan untuk kotak katik supaya RBWnya lancar. Struktur bangunannya munkin menjadi satu persoalan dikemudian hari. Semuanya akan melibatkan penambahan kos. Biasanya burung akan masuk juga kan kemudiannya-cuma banyak atau sedikit sahaja, tetapi..... Harap-harap tidak adalah kesilapan yang membawa padah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan