Isnin, 10 Oktober 2011

Jom Layan Sembang Kosong 60- Pak Burhan Mari, Aku Tunggu


Anda perhatikan Pak burhan(burung hantu) diatas. Matanya terletak seperti mata manusia, memang boleh nampak 3D. Dia ada kelebihan dari manusia, perhatikan mata pak burhan diatas yang seperti juling, memang dia boleh menjulingkan matanya serta boleh memerhati dua tempat sekaligus (agaknya). Dia ada kelebihan lagi yang menjadikan ia nampak pandangan jauh, macam telescopic binoculars. Agaknya burung helang yang terbang tinggi pun mempunyai daya pemandangan tersebut. Kita pun kalau dengan peralatan yang berkilo-kilo seperti ini pun boleh nampak jauh juga...syukur alhamdulillah.....Tapi agak mahal RM 50K tu, untuk penglihatan eagle eye.....nilai ini agak sama atau lebih, atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau/kedua-duanya sekali  sekiranya kita disabit bersalah diatas kesalahan  memburu, menyimpan and mengambil. dll yang tersebut diakta, semuanya mengenai kehidupan liar. Penternak mana tidak mengambil tindakan keatas pemangsa seperti pak burhan ini.....


Artikel saya sebelum ini mengenai Akta tersebut...


Walaubagaimana pun......ada jalan keluar jeng jeng jeng

"54. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika manamana
hidupan liar menyebabkan, atau terdapat sebab untuk
mempercayai bahawa ia akan menyebabkan, kerosakan yang serius
kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kayu
yang sedang membesar, ayam ternakan atau haiwan ternakan dalam
milikan seseorang pemunya atau penduduk tanah, pemunya atau
penduduk itu atau mana-mana pekerja pemunya atau penduduk
itu atau mana-mana pegawai boleh menangkap atau membunuh
hidupan liar itu selepas terlebih dahulu menggunakan usaha yang
munasabah untuk menakutkan hidupan liar itu supaya ia lari dan
gagal untuk berbuat demikian.

Read more: http://sembangwalet.blogspot.com/2011/06/sembang-sembang-walit-108-makluman-akta.html#ixzz1aO2HWKjW


Atas sebab sebab demikian sahaja anda boleh membuat perangkap seperti ini....

Perangkap tikus yang diletak ditempat yang pak burhan suka meninggik(kena selalu cek dan load)

Sekiranya dirasakan yang cara diatas terlalu primitif , maka ada cara yang tidak perlu banyak maintenance....Gunakan peralatan voltan tinggi 15000V tetapi mempunyai arus current rendah yang boleh dibeli dipasaran.. seperti dibawah ini. Peralatan ini tidak membunuh manusia, tetapi sekiranya binatang itu terperangkap, maka ia akan kena sakit jantung kena zap, zap lagi, zap lagi...mana tahan. Cara menggunakan di tempat begitu adalah menggunakan wire yang berpasangan yang boleh distrip kulitnya disebelah luar untuk mendedahkan sebahagian  wire +ve dan -ve, tetapi masih tetap tidak terlerai, sebegitu dimana burung boleh bertenggek diwire tersebut.



Peralatan ini juga sesuai untuk pak burhan yang suka bertengek dibibir bawah LMB, seperti gambar infra red dibawah ini. Memang dia akan terkejut beruk dan cau terus.


Cara wiring nya pula bolehlah seperti gambar berikut


Cara ini sebenarnya juga efektif untuk si pak tokek...zap, zap lagi zap lagi....sampai kering

mungkin juga seperti ini



Saja, saja...
dari akta tersebut juga....begitu luas maksudnya.......anda fikirkan lah


Collecting birds’ nests without licence
64.  Any pe r son who  col l e c t s  bi rds ’ ne s t s  wi thout   a   l i c enc e
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine
of not less than twenty thousand ringgit and not more than fifty
thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding
two years or to both.


MAAF sekiranya tidak teratur serta dah biasa tengok, hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan