Ahad, 2 Oktober 2011

Jom Layan Sembang Kosong 55-Pak Sembang akan kembali "blogging"

Setelah tiga bulan menyepi, Pak Sembang sedang berusaha untuk kembali berblogging walaupun pada kadar yang sederhana. Apakan mungkin Pak Sembang mempunyai masa serta kederat untuk menulis? Pak Sembang akan mencuba, walaupun Pak Sembang sedang dan akan tertekan dengan kemajuan projek yang Pak Sembang dibayar gaji untuk selia. Selepas dua bulan cuba memahami kontrak pembinaan dan bermain perkataan, pak Sembang agak selesa dengan diri sendiri. Gitu lah adanya. Kemudiannya ada saorang pembaca yang mencari Pak Sembang diFB, dan memberi semangat untuk Pak Sembang kembali...jeng, jeng jeng.

Kalau nak cerita burung sahaja, Pak Sembang kena mengaku kalah, kurang berisi di pengetahuan dan diRBW nya. Tak konpiden pasal pak burung tak ikut kita merata-rata. Boss2 boleh lah lawat walet.org, ramai yang pakar disitu, ada pakar suara, ada pakar DIY, ada pakar micro.macro RBW, ada yang dah melawat beratus rbw, tentunya banyak ilmu yang telah dipelajarinya....... posting2 lah selalu, sampai jd pak walet, dimana anda mendapat kebenaran untuk memasuki bilik rahsia, mcm Dr Lim punya millionaire clublah, ada tip2 baik punya disebarkan didalamnya, agaknya. entah2 apa lg ye speculate je nt. Pak Sembang rasa tentu ada sesuatu tip dalam bab suara, hehe. Harap2 murah lah rezeki depa yang memberi.....semoga burung walet datang berduyun duyun ke RBW kita.

Pak Sembang cerita yang Pak Sembang memang dah masuk terowong beratus kali, silapnya terowong air, bukan terowong burung. Biasa juga masuk terowong yang lumpur sampai kelutut, juga terowong yang banjir sampai ketengkok dan periksa apa yang menyekatnya.......memang kaki terowong.

Pak Sembang akan kembali lg, mungkin kurang diskus akan issue walet, pasal ada yang lebih mengerti kan. Pak akan mula dengan gambar perkahwinan anak Pak Sembang yang dapat orang Pasir Pekan, tunggu internet laju nt. salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan