Isnin, 1 Ogos 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 47-Teknik Memanggil Burung Dilangit

Teknik memanggil burung dari langit memang saya cari-cari dan saya telah menjumpainya. Anda boleh mencuba seperti berikut:
a) penggunaan elbow paip PVC (saiz lebihkurang-2 inci) yang di"heat-formed" dan digam(gajah) pada horn yang telah dipotong tapaknya. Pada bahagian yang paling rendah bolehlah dibuat lubang lebihkurang suku inci diameter supaya air tidak bertakung didalam elbow tersebut. Aturannya adalah seperti berikut....

Gambar hiasan

Hujung yang lagi satu pula bolehlah disambung ke tweeter jenis horn seperti ini tetapi mungkin perlu penyambungan menggunakan satu lagi elbow supaya tweeter ini mengadap kebawah. Agaknya....

Gambar hiasan

Sumber inspirasi dari....
Jom Layan Tweeter Modification

b) Inspirasi ini datangnya dari tempelan ini..
Jom Layan Pelbagai teknik Suara

Idea dari pakar En. Zull, sketchnya kita pusingkan mengarah keatas, seperti ini....

Gambar hiasan

Teknik ini memerlukan sebuah parabola, ide Pak Wan Damak ... kuali tua, diletakkan dibawah mengadap keatas. Perlulah ditebuk lubang air dibawahnya, supaya air tidak bertakung. Pancarkan suara menggunakan sebuah tweeter yang 'power' (tweeter mengadap kebawah) dan diharap  pantulan suara itu terpancar nun jauh kearah atas.

Moga  burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan