Selasa, 7 Jun 2011

Jom Layan Sembang Kosong 10- Teknik Dinding bertanaman Menjalar

Selepas melawat RBW kelolaan rakan blog dari Kota Bharu, En Wan...., beliau menunjukkan sebuah bangunan kediaman yang dindingnya berselaput tanaman menjalar yang telah matang. Agaknya, tanaman sebegini boleh melindung dinding RBW dari sinar matahari secara langsung. Apakah munafaatnya? Anda timbangkan.....
Agaknya berapa lama baru pokok selaput itu dapat meliputi keseluruhan dinding RBW kita ye? Tentunya agak lama juga atau pun sudah ada teknik sembur biji yang menyenangkan applikasi seperti ini sesuai untuk dinding bangunan juga cepat membiak.

Agaknya juga, untuk bangunan RBW yang menggunakan teknik ini, tidak memerlukan ianya di cat ....jimat juga ye.



Takutnya, binatang pemangsa boleh membiak ditempat yang sejuk ini.

Anda fikirkan kesesuaiannya..... fikirkan yang ianya juga boleh membawa kelembapan.....anda suka?

Anda boleh melihat rumah ini diPengkalan Chepa dan mungkin tuan punya sanggup memberi tips untuk tanaman menjalar ini begitu teratur dirumahnya.....

Nota lawatan: Saya hendak merakam terima kasih kepada En Wan yang sudi mengajak saya melawat RBW serta berbincang mengenai LBW ini.........saya hanyalah saorang penternak. Ada yang saya pelajari dari lawatan, perbualan dengan En Wan, serta sesi TT dengan En Din. Terima kasih. Tentunya ia(perkara dibincang) sesuai dan dapat memberi keselesaan kepada siwalit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan