Isnin, 23 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 7- Suara Walit

Kita fikirkan apakah peranan dan apa kita boleh buat mengenai suara didalam kejayaan penternakan burung walit? tentunya mustahak, sama juga dengan kedudukan(tempat dan masa), dan persiapan RBW untuk menerima penghuninya, agaknya. Jom Kita Sembang....

Ramai juga yang sanggup berbelanja ratusan ribu untuk RBW tetapi agak '..kut' untuk terus membeli suara yang terbagus yang juga perlu ditukar apabila sudah kurang efektif lagi. Apakah pilihannya?

Agaknya, suara sample yang diberikan oleh penjual adalah bahagian yang terpanas didalam lagu tersebut untuk membuktikan yang lagunya bagus. Sekiranya sample tersebut diulang dan disambung menggunakan program edit lagu juga disambung dengan sample-sample dari penjual lain, maka siaplah satu lagu editan sendiri. Jikalau bernasib baik, lagu tersebut boleh lebih efektif memanggil burung dari yang anda beli, agaknya.

Lagi,
'Download swiftlet sound'-begitulah agaknya kalau menggunakan carian google atau yahoo

Tekan dan Jom Layan -Suara Walit

Tekan dan Jom Layan -Pak Haryanto

Agaknya lagu-lagu tersebut diatas boleh diedit secara live - melihat reaksi walit, diambil yang elok, jernih dan disimpan yang lain, untuk membentuk sebuah lagu. Walaupun cara  ini agak berkurangan kerana respon walit juga bergantung kepada banyak perkara lain seperti kualiti tweeter, kondisi RBW dan macam-macam lagi agaknya, apapun perlu berusahakan....

Boleh juga diusahakan merekod suara burung diRBW yang telah padat, agaknya. Nak cari dimana RBW sebegitu?

Untuk kualiti yang setanding dengan lagu yang kita ada,  bolehlah diusahakan pertukaran lagu. Seeloknya dibuat dengan tuan punya yang RBW nya berjauhan dengan RBW kita. Pertukaran eloknya dibuat secara semuka, dan suka sama suka. Pertukaran secara email biasa juga dibuat diforum-forum. Pertukaran lagu yang dibuat secara peribadi ini, rasanya tidak melanggar apa-apa etika kut. Mari kita nego....jeng jeng jeng

Ataupun beli sahaja yang sepertinya dari sini;

maaf, beli yang ori lg elok kot

Masalahnya walit sering jemu sesuatu lagu itu selepas beberapa bulan......tukar lagi...kena bernetworklah

Usahakanlah, moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan